Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(20 Gambar & Video) Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat

12 Mei 2016
Gambar besar: Keadaan yang diambil di UM. - Foto : @fznhmi /Twitter


Kuala Lumpur: Hujan lebat di kawasan di sini sejak pukul 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Bangsar, Jalan Semantan dan Jalan Pudu mengalami banjir kilat.

Harian Metro melaporkan, Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, banjir itu berlau sekitar jam 7.30 malam tadi.

"Seramai 28 petugas berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

"Hujan lebat melanda beberapa kawasan antaranya di sekitar Pusat Bandar, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul Halim, Lebuh Raya Sultan Iskandar, Jalan Semantan, Brickfields, Bangsar, Jalan Pahang, Jalan Sentul, Jalan Tun Razak dan di beberapa kawasan lain.

"Sehingga kini tiada kejadian lain seperti pokok tumbang dilaporkan berlaku," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan empat jalan utama terjejas akibat banjir itu.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata jalan terbabit ialah Jalan Bangsar, Jalan Semantan, Jalan Pantai Baharu dan Jalan Pudu.

"Hujan lebat yang bermula lewat petang ini menyebabkan jalan itu ditenggelami air sedalam satu meter.

"Pihak bomba telah menempatkan sebanyak 28 anggota dan pegawai bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya kepada Bernama.

 - Siakapkeli.my

Video : Banjir di terowong Bangsar ke Pantai Dalam disebabkan hujan lebat dan paras air sungai klang naik..Kiriman : Nur Haizad‎










Sekitar UM




Sekitar Bangsar




Jalan Duta ke Istana



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. AWAS !!
    Budak Budak Dilarang Masuk !!
    >>> KLIK HERE !! <<<

    BalasPadam
  2. Mungkin banjir kilat ni diakibat oleh longkang dan sungai yang tersumbat dengan aliran air yang tidak lancar. I selalu nampak banyak longkang yang penuh dengan sampah. Ini kelakuan manusia sendiri yang amat kecewakan.

    kemurungan

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "