Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kucing Ditemui Diikat Mati Pada Tiang Lampu, Tinggalkan 4 Anak

12 Mei 2016

KLANG, 12 Mei - Beberapa keping gambar yang memaparkan kucing mati diikat pada tiang di Taman Klang Jaya, Klang  menjadi viral di media sosial seterusnya mengundang perasaan marah netizen.

Gambar itu dimuat naik oleh Wong Che Wey, 32, di Facebook selepas dia terlihat bangkai haiwan itu di tiang lampu ketika dalam perjalanan ke rumah.

"Hidup di satu kejiranan yang menjengkelkan dimana kucing liar di seksa sehingga mata. Bagi pihak manusia, saya minta maaf. RIP kitty, kami akan menjaga anak-anak kamu", tulis Che Wey.

Beliau berkata, dia ternampak bangkai tersebut dengan kaki hadapan diikat pada tiang lampu berhampiran rumahnya pada 6.30 petang Rabu.

Beliau terkejut dengan penemuan tersebut kerana tidak pernah menjangka tindakan kejam itu akan berlaku di kejiranan yang aman dan tenteram.

“Saya telah tinggal di sini selama 30 tahun. Ini kali pertama saya lihat kekejaman sedemikian,” katanya kepada portal FMT.

Katanya juga, proses untuk mengesan pelaku menerusi CCTV kini sedang dijalankan oleh jiran-jiran.

Tambah beliau lagi, kucing malang itu telah melahirkan empat ekor anak kucing yang kini dijaga seorang jirannya yang sudah berusia.

Che Wey telah mengebumikan bangkai kucing itu.  - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "