Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Boss Dah Beli Kehidupan Kau" Pengembara Beri Sebab Kenapa 'Orang Putih' Boleh Pergi Melancong Walaupun Tidak Bekerja

20 Dis 2017
4 ulasan

Kita sudah biasa kecermelangan akademik itu adalah pengukur sesebuah kejayaan. Maka dari kecil lagi sudah didik anak untuk dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Wajib ada A la kalau nak berjaya. Tapi berbeza dengan negara luar.

Hidup di negara luar dengan negara kita banyak bezanya. Di negara luar mereka sentiasa menimba ilmu tanpa mengira umur atau taraf. Dan yang penting A bukan pengukur segalanya. Mereka lebih kepada kemahiran, belajar memasak, menulis, dan photografi.

Ikuti perkongsian dari seorang pengembara ini, iaitu Irwan Dahnil, bagaimana orang luar negara mampu melancong ke negara lain tanpa terbeban dengan pekerjaan.


Masa kecil, aku tengok kitaran hidup ini simple saja.

Pergi sekolah, sekolah pandai-pandai, dapat A banyak. masuk universiti, kerja, kahwin, beranak pinak, tua dan mati. Life cycle yang mudah. Setting kehidupan yang sama.

Jadi aku macam pelik bila jumpa dengan orang putih yang boleh travel 6 bulan meninggalkan negara. Travel tau, bukan melancong. Tiada buat kerja lain selain kembara.

Kaya sangat ke diorang ni ? Atau gaji besar ke sampai boleh travel selalu? Boss tak marah ke cuti lama-lama?

Aku jadi konfius. Lain betul dengan life cycle yang aku anuti selama ni. Kat Malaysia ko nak mintak cuti raya pun kadang-kadang bos jeling tembus dinding. Kau nak travel seminggu pun, rasa bersalah, bos macam bagi hint elok berhenti je.

Boss dah beli kehidupan kau boi.

Tetapi sejak aku berkawan dengan traveler jenis ni, aku baru faham macam mana boleh jadi macam tu. Aku korek habis-habis, aku tanya macam-macam. Sebenarnya life cycle mereka berbeza dari 'mazhab' aku orang Malaysia.

Diorang tak 'invest' beli kereta yang nampak macam orang kaya tapi bank yang punya. Kereta hanya setakat untuk hidup. Bukan untuk impresskan kawan-kawan. Lebih lagi dah biasa naik bas aje.

Dorang bebas. Kalau bos meluat tengok muka, berhenti je. Nanti cari kerja lain. Kalau kita mungkin terpaksa acah-acah taat pada bos takut kena buang kerja, tak naik pangkat atau gaji tak bertambah. Rela jaga hati bos, untuk jaga masa depan.

Mereka bangunkan bakat. Diorang pandai jual diri supaya laku dimana-mana. Dapatkan higher degree, sekurang-kurangnya profesional certificate diakui dunia. Diorang boleh cakap banyak bahasa. Bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Arab dan Mandarin, mana-mana pun laku.

Mereka belajar skill baru. Selain bahasa, mereka belajar masak, belajar buat video dan photografi, belajar menulis. Itu semua duit kalau siapa yang faham. Sehingga ada yang belajar main gitar dan menyanyi. Rasa terdesak diorang letak je sapu tangan tepi jalan, busking menyanyi. Pandai cari duit.

Mereka rajin membaca. Yang ini paling win. Korang selalu tengok kan orang putih ni kalau ada masa terluang je akan baca buku. Sebab tu dia tahu macam-macam, nampak pandai. Padahal ilmu dari buku je. Ntah-ntah kita lagi pandai.

Aku tau. Kalau cerita kat orang Malaysia, nanti ada yang cakap "Itu dorang, boleh lah.." Baik. Kalau rasa macam tu, ko boleh la ikut balik kitaran hidup aku cakap tadi tu. Tak payah gaduh.

Sesekali tengok instagram kawan kau travel sementara mereput tunggu mati.

Catatan Kembara
Irwan Dahnil
Pelajar Bahasa Sepanyol. Acah-acah

Sumber - Irwan Dahnil
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Perkongsian yang sangat menarik
    Im freedom

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu
    minimal depo/wd hanya 50rb (F4ns Bett1ng)

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "