Menurut laporan Harian Metro semalam, lelaki berusia 50 tahun itu berkata ia mungkin timbul akibat salah faham antara isterinya dengan wartawan yang membuat laporan itu.
"Tindakan itu (saman) bukan sebahagian daripada apa yang kami mahu laksanakan buat masa ini. Mungkin berlaku salah faham atau kekeliruan ketika isteri ditemui wartawan itu (bukan dari kumpulan NSTP)," katanya
Menurutnya juga, dia sekeluarga amat tertekan dan trauma sekarang. Tumpuannya adalah mahu pulih daripada segala tekanan terlebih dahulu.
Mahkamah Majistret Seremban semalam melepas tanpa membebaskan guru Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai itu daripada pertuduhan mencederakan muridnya ekoran masalah disiplin pada oktober lalu.
Beliau juga mendakwa mempunyai bahan bukti anaknya itu mengalami kecederaan serius, termasuk gambar dan laporan perubatan.
Menurut laporan Harian Metro lagi, bapa murid itu mendakwa menerima banyak tekanan daripada pihak luar ekoran itu dia belum bersedia untuk memberikan penjelasan.
Namun, katanya lagi pihak keluarga mngkin akan mengadakan sidang media hari ini.
Isu 'Cikgu Azizan' mula tular di laman sosial hujung minggu lalu dengan ramai pihak menyuarakan sokongan kepada Azizan.
Sumber: Harian Metro
hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di www.fanspoker.com || agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya,
BalasPadam|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||