Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Anak Saya Kini Sihat Dan Dah Besar," Ibu Kesal Gambar Anak Digunakan Untuk Minta Derma Palsu

14 Dis 2017
3 ulasan

Seorang wanita meminta agar orang ramai tidak terpedaya dengan tindakan individu yang menggunakan gambar lama dirinya dan anak perempuannya dengan menularkan di Facebook bagi meraih simpati memohon bantuan untuk menampung kos pembedahan kanak-kanak itu yang berjumlah RM73,000.

Shuhaila Norasmira Mohd Syukri, 27, yang mendakwa permohonan tersebut telah dimuat naik melalui akaun Facebook palsu yang menggunakan nama akhbar tempatan seperti Berita harian Online, Utusan Harian Online dan Sinar Harian Online

"Saya terkejut apabila mendapati ada pihak mengambil kesempatan menggunakan gambar kami ketika menerima rawatan di hospital selepas terbabit dalam kemalangan pada 2014," kata beliau.

Menurut Shuhaila individu yang tidak bertanggungjawab itu telah mengambil kesempatan menggunakan gambar anaknya, Dhia Dhalieya Mohd Nor yang kini sudah berusia tiga tahun untuk meraih simpati masyarakat selepas kehilangan kaki kiri akibat kemalanga tersebut.







"Nyata ia adalah satu penipuan kerana anak perempuan saya kini sihat dan sudah mampu memakai kaki palsu yang disediakan Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), Kuala Lumpur," katanya.

Menurut sumber status yang dimuat naik itu, tiga gambar Dhia termasuk sekeping menunjukkan Shuhaila meriba anaknya telah disalah gunakan.

Status itu telah memohon bantuan bagi menampung kos pembedahan Mohamad Ghaffar Azman berjumlah RM 73 ribu dengan disertakan nombor akaun bank milik bapa kanak-kanak itu, Azman Abdullah.

Pada Disember 2015. dikatakan Harian Metro menyiarkan laporan mengenai perkembangan kesihatan Dhia yang terpaksa dijalani empat pembedahan termasuk membuang sebahagian usus serta kehilangan kaki kiri susulan terbabit dalam kemalangan bersama keluarganya di Paka pada 28 Oktober 2014.


 Dhia mengalami kecederaan parah selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dinaikki bersama bapanya, Mohamad Nor Omar, 26, dan Shuhaila Norasmira selepas Perodua Kancil yang dinaikki terbabas di Jalan Perindustrian Kerteh.

Dhia berusia dua bulan ketika itu berada di atas riba ibunya dikatakan terlepas daripada pegangan sebelum tercampak keluar kerana masing-masing tertidur di bahagian tempat duduk penumpang depan apabila kereta terbabit terbabas.

Selain Dhia parah dalam kejadian itu, Shuhaila turut cedera selepas ditindih kenderaan berkenaan yang terbalik.

Berikutan kemalangan terbabit, Dhia menerima rawatan pakar selama 35 hari di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dirujuk dari Hospital Dungun.

Dhia kini sihat membesar

Menurut Shuhaila, dia tidak mahu orang ramai terpedaya dengan menghulurkan bantuan yang ditularkan pihak tertentu yang diyakini bertujuan untuk menipu kerana menggunakan gambar dirinya dan Dhia.

"Saya mengharapkan penjelasan ini dapat memberi pencerahan kerana ramai rakan-rakan dan netizen bertanyakan mengenai status FB yang ditularkan itu," ujar beliau.

Beliau juga akan berbincang dengan suami sama ada mahu membuat laporan polis mengenai status berkenaan ataupun tidak.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Q kerja di Hongkong 3 THN dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat tidur mlm Kerja sampe subuh pgi klo lagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 3 THN, kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Jenggot di facebook, awalnya Q ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp Q beranikan diri coba telpon beliau. Tp Q memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, Q di Hongkong bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah ���� jika ada teman minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti Q. Amin...


    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. salam kenal ya,mari bermain bersama kami di www.fanspoker.com
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "