Kita sesungguhnya sangat beruntung kerana lahir di dalam masyarakat majmuk yang kaya dengan sifat sopan santun dan penuh adab. Setiap kaum menitik beratkan adab dalam apa jua perkara yang dilakukan seharian dan salah satunya adalah adab ketika makan.
Jika tidak beradab, anda akan dilabel sebagai gelojoh walaupun anda rasa anda normal. Sejauh manakah ke”normal”an anda itu? Mari kita lihat 3 tanda-tanda seseorang itu patut digelar gelojoh.
Cakap masa makan
Ini benda paling asas sekali kerana ada sesetengah dari kita yang suka bercakap ketika makan. Apa salahnya habiskan dulu makanan tu dan baru bersembang. Ini tidak, melompat-lompat nasi jatuh atas meja, dah macam mesin masak bertih jagung.
Melepaskan angin ketika makan
“Datang tak diundang, pergi meninggalkan bau tembelang”. Memang payah untuk elakkan perkara ini daripada berlaku, tetapi terdapat segelintir yang suka kentut secara terang-terangan. Ada yang sengaja “meneran” supaya keluar bunyi turbo memecah kesunyian meja makan. Ya, kawan-kawan tahu usus anda sihat, tak perlu bangun siap tanya, “Nak dengar bunyi punggung bersiul tak?”
Kunyah makanan dengan bunyi yang kuat
Paling sakit hati bila melihat kawan-kawan mengunyah nasi tetapi keluar bunyi ibarat sedang mengunyah kulit pokok. Chupp chapp chupp chapp bunyinya.
Walaupunbegitu, bak kata pepatah “Lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya”,tidak semua yang kita label gelojoh ini dianggap biadab oleh sesetengah negara luar sana. Jom lihat adab-adab makan pelik negara luar.
ANDA RASA MELUAT, TAPI ORANG JEPUN ANGGAP IA MENGHARGAI MAKANAN
Jepun misalnya, kita melihat negara ini antara sebuah negara yang paling “beradab” dan penuh kesantunan dalam semua perkara tetapi tahukah anda, mereka memakan mee dan menghirup sup dengan bunyi yang kuat. Mungkin bagi kita ia gelojoh tapi tidak bagi mereka kerana perlakuan sedemikian menunjukkan tanda penghargaan kepada si tukang masak. Semakin kuat bunyi menghirup semakin bagus!
SENDAWA LEPAS MAKAN TANDA TERIMA KASIH DI CHINA
Sama juga bagi masyarakat di China yang mana mereka turut menghirup makanan dengan bunyi yang kuat. Tidak cukup dengan itu, sendawa selepas makan turut dianggap anda suka dan menghargai makanan tersebut. Cuba anda sendawa dengan kuat di depan ibu bapa selepas makan sebagai tanda penghargaan, mungkin kesudahannya gigi geraham bongsu anda tercabut akibat ditampar dengan senduk.
SISA MAKANAN ATAS LANTAI TANDA KEDAI MAKAN ITU LAKU DI SEPANYOL
Satu lagi adab atau tradisi yang boleh kita anggap pelik adalah di Sepanyol, dimana mereka akan membuang lebihan makanan, tisu dan lain-lain diatas lantai kedai makan. Dimulakan sejak kurun ke 19 lagi, sungguhpun kelihatan kotor ia membawa maksud kedai makan itu menjadi tumpuan ramai dan pemilik kedai boleh mendabik dada kepada pesaing mereka. Walaupun zaman semakin maju, tradisi ini masih dikekalkan dibeberapa tempat di Sepanyol. Kalau nak cari makan sedap di Sepanyol, carilah kedai yang banyak sampah atas lantai.
MAKANLAH SEPERTI YANG DIAJAR RASULULLAH
Islam turut menganjur umatnya supaya makan dengan tertib dan sopan sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Antara adab makan baginda adalah membasuh tangan, membaca doa sebelum dan selepas makan, makan dengan tangan kanan, makan berpada-pada dan banyak lagi.
Bukan sekadar kelihatan sedap mata memandang, adab-adab makan ini sangat penting untuk dipratikkan kerana ia mampu menjaga kesihatan kita. Contohnya seperti makan secara perlahan dan tidak gelojoh boleh mengelakkan kita dari tercekik. Seperkara lagi yang mungkin kita selalu terlupa iaitu berdoa sebelum dan selepas makan. Bukankah ia satu cara kita menzahirkan rasa syukur kepada yang memberi rezeki?
ANDA RASA ANDA GELOJOH MASA MAKAN? KAWAN-KAWAN LAIN GELOJOH TAK?
Adakah anda tergolong dalam suku sakat gelojoh atau penuh tatasusila ketika makan?
Ada tak kawan-kawan yang makan nasi tapi bunyik mulut macam mesin rumput?
Atau kawan yang suka kentut masa makan, siap bunyi berdesing diiringi bau santan minggu lepas?
Atau kawan yang suka tegur kita gelojoh tapi diri sendiri makan ibarat syaitan?
Kalau ada, cuba tunjukkan dorang video dari Zayan.fm ni. Bagi sentap satu kali
Daftar sekarang dan pasang jagoammu
BalasPadamminimal depo/wd hanya 50rb (F4ns Bett1ng)
DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
BalasPadamdicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*
Upd4te Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
BalasPadamburuan daftar..
BalasPadamagen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)