Bersempena perayaan Krismas yang akan disambut 25 Disember ini, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menyenarikan 16 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan.
Menurut menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin, skim yang akan dilaksanakan bermula 23 hingga 27 Disember iaitu dua hari sebelum perayaan, hari perayaan dan dua hari selepas perayaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Jelasnya, penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit dibuat mengikut kewajaran dan kesesuaian yang bertujuan memastikan harga yang ditentukan berpatutan dalam rantaian pengedaran bagi manfaat pengguna dan peniaga.
"Senarai barangan harga terkawal termasuk ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam tua hidup, ayam belanda import, kepak ayam, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing/biri-biri import bertulang.
"Barangan lain termasuk telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, tomato, lada benggala hijau, babi hidup, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak)," katanya.
Selain itu, tanda harga berwarna merah jambu akan diletakan ke atas barangan harga terkawal bagi membezakannya dengan barangan lain serta peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum ditentukan kerajaan.
Tambahnya, jika harga yang diperoleh daripada pemborong adalah rendah maka peniaga digalakan menjual barangan itu lebih rendah daripada harga maksimum.
"Pegawai penguat kuasa KPDNKK akan berada di lokasi tumpuan orang ramai di pasar awam, pasar pagi dan pasar tani untuk menjalankan pemeriksaan serta pemantauan," katanya.
Menurutnya lagi, kegagalan peniaga untuk mematuhi peraturan di bawah skim itu mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 akan dikenakan tindakan tegas.
"Bagi syarikat yang melakukan kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum yang ditentukan boleh didenda sehingga RM500,000 atau kompaun sehingga RM250,000.
"Individu yang melakukan kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000, manakala bagi syarikat, didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun hingga RM10,000," katanya.
Sumber - Bernama
BalasPadamQ kerja di Hongkong 3 THN dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat tidur mlm Kerja sampe subuh pgi klo lagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 3 THN, kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Jenggot di facebook, awalnya Q ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp Q beranikan diri coba telpon beliau. Tp Q memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, Q di Hongkong bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah 😇😇 jika ada teman minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti Q. Amin...
F4ns Bett1ng
BalasPadamB0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50
salam kenal ya,mari bermain bersama kami di www.fanspoker.com
BalasPadambanyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||
Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
BalasPadamsegera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**