Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Waris Rosli Dhoby Yang Merupakan Pejuang Kemerdekaan Sarawak Meninggal Dunia

3 Nov 2017
2 ulasan

Bolhassan Aini Dhoby, 54, pewaris pejuang kemerdekaan Sarawak  Allahyarham Rosli Dhoby, meninggal dunia, awal pagi tadi.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 4 pagi tadi di Hospital Sibu di sini selepas diserang angin ahmar sejak beberapa hari lalu.

Beliau dikenali kerana usahanya mempertahankan barangan yang pernah dimiliki oleh Rosli Dhoby.

Antara barangan bersejarah milik pejuang itu yang disimpannya ialah warkah terakhir tulisan tangan Rosli Dhoby kepada ibunya, sebelum pejuang kemerdekaan Sarawak itu dihukum gantung pada 2 Mac 1950.

Selain itu, beliau turut menyimpan sehelai kemeja dan baju perisai yang dipakai oleh Rosli Dhoby ketika membunuh Gabenor British Sarawak kedua Sir Duncan Stewart pada 3 Disember 1949.

Allahyarham Bolhassan yang merupakan anak saudara Rosli Dhoby sering menjadi rujukan pelbagai pihak untuk mendapatkan maklumat mengenai pejuang kemerdekaan Sarawak itu disepanjang hayatnya.

Sumber - Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "