Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suspek Kes Samun Dan Rogol Pelajar Universiti Di Shah Alam Berjaya Ditahan Polis

3 Nov 2017
One Comment

Pihak polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai suspek yang terbabit dalam kes samun dan rogol seorang penuntut universiti tempatan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, suspek yang berusia 27 tahun itu ditahan di sebuah pangsapuri di Pelabuhan Klang pada jam 4 pagi tadi oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terbabit dalam kes itu yang dilakukan berseorangan dan dia bekerja sambilan sebagai pemandu perkhidmatan Grab Car.

"Kita merampas sehelai baju hitam dan seluar jeans biru, sebilah pisau, sepasang kasut merah, telefon bimbit jenis Samsung J2 Prime milik mangsa dan juga sebuah kenderaan jenis Proton Saga serta kunci," katanya.

Shafien Mamat turut menambah bahawa suspek akan ditahan reman selama 7 hari sehingga 9 November.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata," katanya.

Menurut rekod, penuntut universiti berusia 22 tahun itu diperdaya oleh seorang lelaki yang berpura-pura bertanyakan jalan dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.30 malam itu.

Ketika kejadian, mangsa sendirian dan baru pulang dari pasar malam di Seksyen 7, Shah Alam menghala ke sebuah hentian bas sebelum dihampiri lelaki tersebut.

Suspek kemudiannya berpura-pura bertanyakan arah jalan sebelum bertindak mengacukan pisau dan menarik mangsa ke dalam kereta lalu menghala ke kawasan kilang berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 7.

Selepas memberhentikan kereta di kawsan gelap, mangsa telah dirogol serta disamun. Mangsa turut kerugian wang tunai sebanyak RM 100 serta telefon bimbit. Suspek kemudian mengarahkan mangsa untuk turun daripada kereta.

Sumber : myMetro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "