Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Senarai Baru Permain Dipanggil Nelo Vingada Ke Kem Pusat Untuk Persediaan Menentang Korea Utara

1 Nov 2017
3 ulasan

Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan, Nelo Vingada yang juga bertindak sebagai pengurus pasukan menyenaraikan nama 24 orang yang dipanggil ke kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Sabtu ini. Ia sebagai persedian untuk menghadapi dua perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 Kumpulan B bertemu Korea Utara yang akan berlangsung di gelanggang berkecuali di I-Mobile, Buriram, Thailand pada 10 dan 13 November.

Berikut adalah senarai nama pemain-pemain yang dipanggil :

JOHOR DARUL TA'ZIM

1. Safiq Rahim (Pemain Tengah)

2. Ahmad Hazwan Bakri (Penyerang)

3. Darren Lok (Penyerang)

4. Nazmi Faiz Mansor (Pemain Tengah)

5. Safawi Rasid (Pemain Tengah)

6. Fadli Shas (Pertahanan)

7. Fazly Mazlan (Pertahanan)

8. S. Kunalan (Pertahanan)

9. Junior Eldstal (Pertahanan)

10. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (Pemain Tengah)

11. Afiq Fazail (Pemain Tengah)

12. Izham Tarmizi Roslan (Penjaga Gol)


PERAK

13. Shahrom Abdul Kalam (Pertahanan)

14. Nazirul Naim Che Hashim (Pertahanan)

15. Amirul Azhan Aznan (Pertahanan)

16. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Penjaga Gol)


KEDAH

17. Baddrol Bakhtiar (Pemain Tengah)

18. Syafiq Ahmad (Penyerang)


PAHANG

19. Kiko Insa (Pertahanan)

20. Nor Azam Abdul Azih (Pemain Tengah)


SELANGOR

21. Khairulazhan Khalid (Penjaga Gol)

22. Adam Nor Azlin (Pertahanan)


FELDA UNITED

23. Wan Zack Hailkal Wan Nor (Pemain Tengah)


PULAU PINANG

24. Syamer Kutty Abba (Pemain Tengah)

Berdasarkan senarai di atas,  16 pemain yang dipanggil ke kem pusat sebelum ini telah dikekalkan termasuklah dua pemain yang tidak di bawa ke Hong Kong akibat kecederaan dan urusan keluarga iaitu Ahmad Hazwan Bakri (JDT) dan Nurazam Abdul Azih (Pahang).

Manakala 8 orang lagi telah digugurkan iaitu Ifwat Ikmal Chek Kassim, Khairul Helmi Johari, Akram Mahinan, Fitri Omar dan Syazwan Zainon (Kedah), Amirulhadi Zainal (JDT) dan dua lagi pemain yang cedera iaitu Matthew Davies (Pahang) dan Shahrel Fikri Md Fauzi (PKNP FC).

Bagi menggantikan mereka yang digugurkan, Vingada memanggil lapan nama baharu iaitu Syafiq Ahmad (Kedah) dan bakinya adalah pemain JDT iaitu Izham Tarmizi Roslan, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Junior Eldstal, Afiq Fazail, S Kunalan dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.

10 pemain iaitu dari Perak, Pahang, Selangor, Felda United dan Pulau Pinang akan melaporkan diri di kem pusat pada Sabtu 4 November, manakala bakinya yang terlibat dalam perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2017 akan melaporkan diri pada Isnin 6 November.

Skuad Kebangsaan dijadualkan berlepas ke Thailand pada Selasa 7 November. Persaingan Kumpulan B menyaksikan Lebanon mendahului carta dengan 10 mata, diikuti Hong Kong dengan 5 mata, Korea Utara di tempat ketiga dengan 2 mata dan Malaysia di tangga keempat dengan 1 mata. Lebanon dan Hong Kong masing-masing sudah mengharungi 4 perlawanan manakala Malaysia dan Korea Utara kekurangan satu perlawanan.

Sumber : FAM
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngka$, dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "