Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Selepas Keputusan PT3 Keluar Mak Tanya Nak Motosikal Ke, Tapi Saya Cakap Dari Beli Motor Baik Beli Mesin Jahit"- Khairul Amir

6 Nov 2017
3 ulasan

Jika remaja seusianya kini leka dengan pelbagai jenis gajet atau menunggang motosikal di jalanan, seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Gemok di sini, memilih mesin jahit sebagai teman menghabiskan masa lapangnya.

Remaja yang berasal  dari Kampung Sarang Tiong, Khairul Amir Nor Azhar, 16, mengakui mula belajar menjahit sejak usianya 14 tahun dengan emaknya, Patimah Yatim, 52, di rumah.

Menurutnya, ketika itu dia sudah boleh menjahit untuk baiki baju sekolah atau seluar terutama daripada rakan-rakan sekolah.

Bagaimanapun, selepas peperiksaan PT3 tahun lalu dia merasakan mahu belajar lebih lagi ilmu menjahit dan meminta ayahnya, Nor Azhar Ibrahim, 52, bertanya dengan mana-mana kedai jahit berhampiran.


Ayah pergi tanya beberapa kedai tapi mereka tak nak ambil atas alasan saya masih amat muda. Selepas itu ayah cuba tanya dengan abang Sani tak sangka pula dia setuju. Rupanya dia memang suka nak ajar orang menjahit dan peluang ini saya manfaatkan sepenuhnya,” katanya.

Menurut Khairul Amir, selepas dia mahir, ibu bapanya membelikannya mesin jahit dan dia mula mengambil upah menjahit di rumah.

Pendapatan agak memuaskan terutama pada musim perayaan, ramai orang kampung hantar untuk baiki seluar jean dan pakaian raya,” katanya.

Ibu bapa sokong minat

Dia turut menzahirkan rasa syukur kerana kedua ibu bapanya tidak menghalang minatnya itu sebaliknya sentiasa memberi sokongan dan memahami minatnya.

Ia terbukti apabila permintaannya untuk membeli sebuah  mesin jahit ditunaikan ibunya walaupun pada awalnya ibunya menawarkannya sebuah motosikal.


Selepas keputusan PT3 keluar emak tanya nak motosikal ke? Saya kata daripada beli motor baik beli mesin jahit dan emak serta ayah turutkan permintaan itu.

Saya sebenarnya lebih minat menjahit daripada menunggang motosikal, lagipun motor nak kena pakai duit selain bahaya. Saya tak menyesal pilih mesin jahit sebab berbaloi. Kalau pilih motor tak datangkan hasil pun,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik kedai jahit yang dikenali sebagai Sani Saffar Abdul Aziz, 31, mengakui selama terlibat dengan industri menjahit tidak pernah jumpa remaja sebaya Khairul Amir yang mahu belajar menjahit.

Lepas saya setuju, masa cuti sekolah dia mula datang walaupun jarak agak jauh dari Tanjung Gemok nak ke sini, dia naik bas itu pun ada masa tertinggal bas.

Dia mengakui terharu ketika bapa kepada pelajarnya itu datang bertanya dengannya meminta supaya mengajarkan anaknya.

Saya juga rasa terharu sebab budak sebayanya masih leka main telefon bimbit dan motosikal, tapi dia pilih belajar menjahit, dia juga menunjukkan prestasi tinggi  selalu cuba menjahit dengan lebih baik dan dengar cakap,” katanya.

Sumber: Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "