Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Rumah Ini Saya Hadiahkan Kepada Mak Dan Ayah Saya"- Ziyad Zolkefli

25 Nov 2017
4 ulasan

Jaguh paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli mendapat ‘durian runtuh’ apabila dihadiahkan sebuah rumah berkembar setingkat di Taman Selayang Mutiara, di sini dengan nilai pasaran kira-kira RM360,000, hari ini.

Rumah itu tanda penghargaan daripada kerajaan negeri Selangor atas kejayaannya memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil pada 2016 dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

Ziyad yang begitu teruja dengan pemberian berkenaan berkata, rumah itu akan diberikan kepada ibu, Siti Arfah Abdul Rashid dan bapanya, Zolkefli Othman agar kehidupan mereka akan lebih selesa serta harmoni.

Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor atas pemberian yang cukup bermakna ini.

Ini akan meningkatkan lagi semangat saya untuk terus berjuang serta mencapai tahap yang lebih tinggi selepas ini.

Rumah ini saya berikan kepada emak dan ayah saya. Mereka sekarang tinggal di Batu 12 Gombak dan akan berpindah ke sini supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa,” kata Ziyad selepas majlis penyerahan replika kunci rumah itu, hari ini.


Mengulas lanjut, Ziyad yang ditemani isteri, Zafirah Md Nasir dan anaknya, Zuhayra Zafra berkata, menjadi impiannya sejak kecil untuk membina kediaman buat kedua ibu bapanya dan ternyata hasrat berkenaan berjaya direalisasikan menerusi pemberian kerajaan negeri itu.

Bercakap mengenai perkembangan kerjayanya ketika ini, Ziyad mendedahkan dia sedang berusaha mencari tiket secara merit untuk menyertai temasya Sukan Asia di Jakarta dan Palembang, Indonesia Ogos tahun depan.

Justeru, katanya, dia perlu memastikan balingannya mencapai tahap enam terbaik Asia bagi membolehkannya tampil membuat penampilan sulung bersama atlet normal pada temasya berkenaan.

Majlis itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Batu Caves, Amirudin Shari.

Sumber: Harian Metro

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "