Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PDRM Beri Pejelasan Isu Saman Perangkap Had Laju Didakwa Tiada Papan Tanda

2 Nov 2017
3 ulasan

Gara-gara tidak berpuas hati dikenakan saman perangkap had laju ketika melalui Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil yang baharu dinaiktaraf, netizen meluahkan rasa tidak puas hati di laman sosial Facebook sehingga menjadi tular.

Rata-rata pengguna laman sosial mengakui tindakan menyaman tidak wajar dilakukan memandangkan tiada papan tanda amaran atau had laju dipasang di jalan sepanjang 17 kilometer berkenaan.

Beberapa video dimuat naik oleh orang awam dengan  mendakwa tiada sebarang amaran atau peringatan sedangkan tindakan penguatkuasaan polis trafik terus dilakukan sehingga menyebabkan ramai menjadi mangsa.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff dalam kenyataannya berkata, sepanjang 2017, sebanyak 339 kes kemalangan dilaporkan dan lima kemalangan maut dilaporkan sepanjang jalan terbabit.

Menurutnya, kekerapan rondaan dan op had laju telah dimulakan pertengahan Oktober lalu bertujuan mengurangkan kemalangan dan peringatan kepada pengguna.

Pihaknya juga menjelaskan bahawa terdapat 4 tanda amaran had laju 60 km/jam di sepanjang lokasi jalan Sungai Petani/ Kuala Ketil.

"Lokasi op pandu laju yang dibuat juga adalah berdekatan dengan kawasan sekolah iaitu lebih kurang 30 meter dari Sek Jenis Keb (T) Ladang Kuala Muda dan 100 meter dari simpang Kampung Jerung. Juga terdapat 2 tanda amaran di kiri dan kanan jalan (awas kenderaan ladang melintas)," katanya.

"Zon operasi juga merupakan jalan berkembar dan diletakkan tanda amaran zon operasi kamera sebelum operasi di buat."


Sementara itu, beliau juga menasihati orang kena saman (OKS) yang tidak bersetuju dengan saman yang dikeluarkan boleh membuat rayuan atau pembelaan di mahkamah.

Datuk Asri Yusoff turut mencadangkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Kuala Muda untuk menambahkan lagi papan tanda amaran 60 km di tempat yang sesuai untuk memberi panduan kepada pengguna jalan raya.



Sumber - Sinar Harian,  Polis Kedah
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. F*a*n*s*b*e*t*t*i*n*g agen game online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan :)

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "