Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Bernasib Baik Dan Selamat Selepas Teringat Punca Kenapa Mendiang Steve Irwin Meninggal

14 Nov 2017

Seorang lelaki berdepan dengan detik cemas apabila tidak sengaja tertembak dadanya sendiri dengan pistol paku miliknya.

Menurut Doug Bergeson, 52, dia bertindak untuk tidak mengeluarkan paku yang terpacak di jantungnya setelah teringati kejadian yang menimpa mendiang Steve Irwin.



"Irwin meninggal dunia kerana dia menarik tusukan duri ikan pari dari jantungnya, perkara itu yang bermain di kepala saya.

"Saya dapat lihat dengan jelas paku tersebut bergerak dengan degupan jantung, dan setiap kali ia berdegup saya rasa sakit," katanya.

Dalam keadaan panik dia bertindak memandu kenderaannya selama 10 minit ke Hospital Bay Care Medical Centre dan perlu menjalani pembedahan 'open-heart'.

Setibanya di hospital dia meminta bantuan dari pengawal keselamatan serta menelefon isterinya meminta membawa pakaian bersih untuknya.

Menurut Pakar Bedah Kardiotorasik, Dr Alexader Roitstein, paku terletak lapan inci dari arteri utama.


"Jika dia duduk dengan cara salah yang menyebabkan kedudukan jantung berubah, dia akan mengalami komplikasi yang besar dan dia amat bernasib baik," katanya.

Selepas dua hari berada di hospital, dia beransur pulih dan dibenarkan kerja semula.

Sumber: Washington Post
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "