Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Pukul Isteri Pertama Selepas Tak Tahan Terima Panggilan Bertali Arus Pada Malam Bukan Giliran

2 Nov 2017
4 ulasan

Kota Bharu - Selepas tidah tahan si isteri secara terus menerus menelefonnya bagi meminta agar menghantar motosikal sambil berleter, seorang suami hilang perasaan sabar sehingga bertindak mencederakan isteri terbabit.

Lelaki itu, yang merupakan seorang tukang gunting dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan kerana mendatangkan kecederaan di muka dan sakit pada bahagian kepala kepala oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini.

Hukuman terbabit dijatuhkan selepas tertuduh yang berusia 55 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Menurut pertuduhan, dalam kejadian pada 11.15 malam pada 28 Oktober lalu, si suami dikatakan hilang sabar dan bertindak mengasari isteri pertamanya itu sehingga menyebabkan kecederaan di bibir.

Tertuduh dikatakan bertindak demikian kerana berang si isteri pertamanya menelefon berkali-kali dan meminta supaya dihantar motosikal kerana pada malam kejadian yang juga merupakan bukan gilirannya bermalam di rumah mangsa.

Tertuduh yang pulang kemudiannya bertindak memukul mangsa berkali-kali di bahagian kepala dan muka hingga cedera.

Tertuduh disabitkan kesalahan dan  dihukum di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 326 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak melebihi RM2,000.

Sumber: Astro Awani
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. F*a*n*s*b*e*t*t*i*n*g agen game online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan :)

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  4. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "