Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lari Sekatan Jalan Raya, Juruhebah Ditahan

1 Nov 2017
One Comment

Bertindak mencederakan anggota polis selepas cuba lari dari sekatan jalan raya, seorang juruhebah ditahan polis dalam kejadian di Persiaran Bandar, Nilai.

Lelaki yang berusia 33 tahun itu, bertindak memecut kereta selepas menghampiri sekatan jalan raya kira-kira jam 4.30 petang, semalam.

Menurut sumber, seorang anggota yang bertindak mengejar suspek, berjaya menahannya berhampiran Rumah Rakyat Nilai dan mengarahkan lelaki itu membuka tingkap dan pintu tetapi dia tidak mendapat kerjasama.

"Bagaimanapun, tidak lama kemudian suspek keluar dari kereta dan bertindak mencekak leher baju anggota polis hingga cedera.

"Orang awam yang berada di kawasan itu kemudian membantu meleraikan pergaduhan itu dan menahan suspek."

Suspek telah dibawa ke Balai Polis Nilai dan hasil siasatan mendapati lesen memndu serta cukai jalan suspek telah tamat tempoh, selain memotong di garisan berkembar dan tidak berhenti di lampu isyarat.

Berdasarkan ujian air kencing suspek mendapati negatif tetapi suspek mempunyai kesalahan lampau yang menyebabkan kecederaan.

Suspek ditahan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara berbahaya dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.


Sumber - Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "