Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kak Ros Terkejut Ditengking Mommy Mas Idayu

29 Nov 2017

Sejak beberapa minggu lalu tular di media sosial rakaman ketika mummy Mas Idayu memarahi Baby Shima dalam Program D'Academy Asia musim ketiga.

"ADA nampak mummy happy?  Mummy tak nak Shima senyum! Apa yang Shima buat malam ni?"

"Kak Ros cuma nak kasi dia semangat mummy? Mummy, ada orang boleh kena tegur macam gitu mummy, ada orang tak boleh..."

Ini antara kata-kata yang popular dalam rakaman tersebut sehingga ada yang melakukan pelbagai parodi berdasarkan video tersebut.

Selain itu, kata-kata seroang lagi juri dari Singapura, Kak Ros turut mencuri tumpuan netizen.

Menurut sumber, pihaknya telah mendapatkan kenyataan daripada Kak Ros atau nama sebenarnya Rosalina Musa.

"Tentang Shima, Mas Idayu sudah membantu beberapa malam sebelum pertandingan hari itu jadi mungkin sebagai 'mak' di DAA3 ini untuk peserta Malaysia, dia terlalu kesal dan kecewa dengan persembahan Shima malam itu.

"Saya pula seorang yang senang terasa emotional baik peserta itu bagus atau tidak.  Saya memang kasihan tengok Shima dimarahi begitu kerana kami juga ada berbalas message sebelum pertandingan, dan Shima selalu cakap yang dia takut mengecewakan semua.

"Saya selalu baik dengan semua peserta dan akan selalu beri kata-kata semangat dan selalu bilang jangan takut dan beri persembahan sebaik mungkin yang mereka mampu. Jadi tidak salah untuk saya ke depan untuk memeluk Shima cuma mungkin moment itu tak kerana Mas Idayu belum habis marah Shima," katanya.

Jelasnya, dia ke depan pun kerana dia sendiri sudah menangis dahulu dan diminta oleh comentator yang lain supaya memujuk dan menenangkan Shima.

"Mulanya saya terperanjat juga apabila Mas Idayu tengking saya, jadi saya jawab dengan apa yang saya rasa kerana saya tahu Mas Idayu tu kalau dah marah susah untuk dia control emosinya.

"Tapi sedikit pun saya tidak berkecil hati. Lain orang lain cara dan yang jelas saya dan Mas Idayu tidak ada masalah.  Kami baik sahaja walaupun karakter kami  berbeza.  Kami selalu berbincang dan selalu cuba membantu peserta sebanyak mungkin dengan ikhlas untuk peserta itu," tambahnya.

Di Malaysia nama Rosalina Musa masih kurang popular namun sebenarnya dia dan penyanyi-penyanyi dangdut dari Malaysia sudah lama berkawan baik.

"Saya sebenarnya kenal Mas Idayu, Amelina, Sheeda, Iwan dari zaman-zaman hangatnya dangdut dulu, kira-kira 20 tahun yang lalu. Memang dari DAA1 hingga sekarang Mas Idayu memang tegas, garang dan apa yang dia rasakan dia akan cakap sahaja apabila menegur semua peserta, tidak terhad dari Malaysia aje.

"Kalau peserta siap mental dan fizikal, mereka akan terima dengan hati terbuka untuk kebaikan mereka," ulas Kak Ros lagi.

Sumber - Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^

    BalasPadam
  2. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "