Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Fazura Dan Fattah Bakal Bertunang?

1 Nov 2017
3 ulasan

KUALA LUMPUR: Keintiman antara pelakon, Fattah Amin, 27,  dan Fazura, 34,  sememangnya sudah diketahui ramai sejak mereka digandingkan dalam sebuah drama, Hero Seorang Cinderella hinggalah sering kali dilihat menghadiri acara bersama dan saling berbalas-balas komen di laman sosial.

Lantaran itu, tidak hairanlah apabila terdapat ramai peminat yang mengharapkan dua sejoli ini  benar-benar bercinta di luar lokasi sehingga tanpa angin mahupun ribut, kedengaran pula kahabr angin mengatakan mereka akan mengikat tali pertunangan pada 13 November depan.

Bagaimanapun, Fattah yang pernah mencipta fenomena selepas membintangi Drama Suri Hati Mr Pilot hanya menganggap desas desus tersebut hanyalah doa dari peminat buat mereka.

"Mungkin semua itu hanya khabar angin kerana supertelefilem lakonan kami berjudul Wanita Terindah akan dilancarkan, esok.

"Saya bagaimanapun menganggap ia sebagai doa. Saya pula memang mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua," menurut laporan yang dipetik dari Berita Harian Online.


Fattah yang pernah memenangi  Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0, secara peribadi menyenangi personaliti dimiliki aktres jelita itu.

"Dia memang teman artis yang paling rapat dengan saya. Pengalamannya sebagai anak seni banyak dikongsi bersama saya, termasuk cara mengharungi kehidupan dalam industri hiburan. Dia sendiri wanita yang sangat berdikari, pandai membawa diri, positif dan ceria.

"Aura positif yang dimilikinya sangat luar biasa dan mampu mendorong kita untuk menjadi sepertinya," ujarnya.

Sementara itu, Fazura yang bakal muncul dengan album sulung pada 3 November depan, ketika dihubungi turut menafikan beliau akan bertunang dengan Fattah.

"Saya sibuk, begitu dengan dirinya. Jadi, macam mana hendak bertunang?" katanya yang turut terkejut apabila diajukan dengan soalan berkenaan.

Pelakon itu juga berkata, dia takkan menyembunyikan berita gembira andai hubungan mereka dinoktahkan dengan ikatan sah.

Sumber- Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngka$, dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "