Lahirnya bersama kaki yang terbalik tapi kini kanak-kanak ini sudah mampu berjalan secara normal selepas menjalani pembedahan untuk membetulkan kecacatannya itu.
Kanak-kanak yang lebih dikenali dengan nama Ulrich,12, itu dilahirkan cacat apabila kakinya seolah-olah terpusing ke belakang sebelum mendapat perhatian badan amal Mercy Ships yang berusaha membantunya.
Kini, Ulrich semakin pulih selepas melalui pembedahan yang dilakukan oleh pakar perubatan dari luar negara itu secara percuma.
Pada 19 November lalu, Mercy Ships memuat naik gambar kanak-kanak itu di laman Facebook rasmi mereka berserta keterangan yang bertulis, “Kaki lurus bermakna kehidupan baru untuk Ulrich yang menerima pembedahan percuma bagi membetulkan kakinya yang membengkok ke belakang.
“Sebelum ini orang ramai hanya memandang pelik dan melabelnya cacat.”
Terdahulu badan amal tersebut turut memuat naik gambar Ulrich di laman Instagram rasmi mereka menunjukkan dia baru selesai menjalani pembedahan untuk sebelah kaki.
“Lihat senyuman itu! Ulrich teruja buat pertama kali dalam hidupnya. Sebelah kaki berjaya diluruskan, tinggal satu lagi.”
Sumber - Harian Metro
Kalah melulu main di agen lain?
BalasPadammari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^
AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)