Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Alana Martina, Anak Keempat Cristiano Ronaldo Selamat Dilahirkan

13 Nov 2017

Bintang Real Madrid yang juga Kapten Pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo, 32, mengumumkan berita gembira bahawa dia telah menjadi seorang ayah buat kali keempat setelah teman wanitanya, Georgina Rodriguez selamat melahirkan bayi perempuan.

Ronaldo telah memuat naik gambar di akaun Intagram yang menunjukkan teman wanita itu sedang memeluk bayi perempuan mereka sambil ditemani oleh anak sulungnya, Cristiano Ronaldo Jr.

“Alana Martina selamat lahir! Kedua-duanya Geo dan Alana berada dalam keadaan hebat. Kami semua amat gembira,” katanya lagi.


A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on


Ronaldo dan Georgina sebelum ini dikatakan bakal menyambut kelahiran bayi perempuan tersebut pada 21 November, namun Ronaldo telah mengumumkan berita kelahiran tersebut lebih awal pada Ahad lalu.

Georgina yang mempunyai darah campuran Sepanyol - Argentina pernah memberitahu bahawa dia mengamalkan diet pemakanan Mediterian yang ketat sebagai persediaan untuk melahirkan bayi sulungnya itu.

Ronaldo yang sudah pun mempunyai 3 orang anak yang diperolehi melalui ibu tumpang memberitahu pada minggu lepas ianya satu pengalaman yang hebat untuk menjadi seorang ayah.

Ronaldo Jr, 7, adalah bayi anak Ronaldo yang diperoleh melalui ibu tumpang. Manakala pada Jun lalu, Ronaldo mendapat bayi kembar, Eva dan Mateo yang dilahirkan di hospital di Amerika Syarikat. Bayi kembar itu juga merupakan anak Ronaldo yang juga diperoleh melalui ibu tumpang.

''Ia mengajar saya mengenai kasih sayang yang saya tidak pernah tahu ia wujud. Ia membuat saya menjadi lebih penyayang dan memberikan saya perspektif yang berbeza mengenai apa yang penting dalam hidup ini.

''Saya tidak sabar menjadi seorang ayah sekali lagi. Menjadi seorang ayah dan melihat keluarga saya berkembang, tanpa ragu-ragu lagi adalah anugerah yang paling besar pernah saya dapat.

''Meluangkan masa dengan mereka, berada di sisi mereka, senyum dan ketawa. Mereka (keluarganya) memberikan banyak kegembiraan dan keceriaan dalam hidup saya'', katanya lagi.

Ronaldo dan Georgina menyambut bayi tersebut hanya selepas beberapa jam seorang model dan juga bintang rancangan realiti berbangsa Portugis, Natacha Rodrigues, 21, mendakwa pernah mempunyai hubungan sulit dengan Ronaldo ketika pemenang anugerah Ballon d'Or sebanyak 4 kali itu mengisytiharkan dirinya sedang bercinta dengan Geogina.

Sumber : Daily Mail

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. join yuk guys di areatoto.com
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    minimal deposit 20 ribu dan withdraw 50 ribu
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam
  2. Kalah melulu di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "