Polis Lepaskan 4 Das Tembakan Selepas Warga Asing Yang Sedang Berjudi Tiba-Tiba Bertindak Agresif
Sekumpulan warga asing diberkas setelah cuba berlagak samseng ketika ingin diperiksa oleh pihak polis, dalam kejadian yang dipercayai berlaku di depan sebuah rumah berhampiran Jalan Abraham, Pudu di Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharudin Abdullah berkata, ketika kejadian tujuh anggotanya yang berpakaian preman itu sedang menjalankan rondaan cegah jenayah sebelum terserempak dengan kumpulan warga asing tersebut yang sedang leka berjudi di premis berkenaan.
Namun. kumpulan warga asing warga China yang dipercayai berjumlah diantara 20 hingga 30 orang itu tiba-tiba bertindak agresif ketika mahu diperiksa.
Pihak polis kemudiannya terpaksa melepaskan empat das tembakan amaran untuk mempertahankan diri.
Shaharudin turut memberitahu bahawa 4 buah unit MPV polis turut digerakkan ke lokasi bagi membantu anggota berkenaan. Bagaimanapuun, tiada kecederaan yang dilaporkan.
Polis turut berjaya menahan sekumpulan warga China yang berada di beberapa rumah kongsi berdekatan dengan lokasi kejadian.
Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 147 dan 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka.
Sumber : Astro Awani
join yuk guys di areatoto.com
BalasPadamada sportbook togel casino sabung ayam
minimal deposit 20 ribu dan withdraw 50 ribu
hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo
Kalah melulu di agen lain?
BalasPadammari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^