Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Zahirah 'Tikam Belakang' Punca Hubungan Dengan Emma Jadi Parah - Kamal Adli

28 Okt 2017
3 ulasan

Pelakon utama drama Duda Pujaan Dara, Kamal Adli menjelaskan tentang kontroversi percintaannya dengan Emma  Maembong yang menjadi semakin parah selepas dipercayai Zahirah MacWilson cuba menikam dari belakang meskipun perkara tersebut sudah diselesaikan secara baik sebelum ia menjadi bualan hangat netizen.

Menurut Kamal, dia sudah menjelaskan situasi sebenar kepada Emma dan Zul Ariffin selaku teman lelaki Zahirah menerusi tiga pertemuan selain meminta maaf kepada aktor itu sekiranya wujud salah faham antara mereka.

“Saya keluar bersamanya (Zahirah) bersama dua lagi rakan kami. Ia merupakan kesalahan saya dan saya sudah terangkan kepada Emma dan Zul. 

"Tetapi yang peliknya ketika pertemuan kali ketiga dengan kehadiran Emma dan Zul, dia tiba-tiba memutar belit kenyataan sehingga saya sendiri terkejut.

"Anda bayangkanlah bagaimana Emma tak marah dan mula berprasangka buruk terhadap saya? Dari situ hubungan kami bermasalah dan sehinggalah Emma keluarkan kenyataan tentang hubungan kami," jelas Kamal.


Baru-baru ini, Emma mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan bahawa hubungan mereka telah pun berakhir dan Kamal tidak menyalahkan Emma atas kenyataannya itu kerana aktres tersebut berada dalam keadaan marah.

BACA:"Saya sudah tahu siapa Kamal yang sebenarnya dan hubungan kami putus" - Emma Maembong

Ingin mengakhiri kontroversi yang berlaku, Kamal secara terbuka memohon maaf atas apa yang berlaku.

"Secara terbuka saya ingin meminta maaf sekali lagi kepada Emma, harap orang luar jangan salahkannya.

"Dia adalah teman wanita saya dan dia ada hak untuk rasa apa yang dia rasa (berhubung kontroversi).

"Perempuan mana yang tak naik angin apabila orang dakwa teman lelakinya terhegeh-hegeh dengan perempuan lain dan tidak dilayan pula," katanya.


Bagaimanapun, pelakon yang diumumkan sebagai juara program Super Spontan Superstar 2017 ini menganggap kehadiran Emma menyaksikan pertandingan tersebut memberi tanda positif namun dia mengambil inisiatif untuk melalui tempoh bertenang.

"Saya tahu dia tengah marah, kami sedang berusaha memperbaiki keadaan namun kedatangannya pada malam ini sudah cukup buat saya gembira dan ia tanda positif," akhirnya.

Sumber- mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "