Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wartawan Malaysia Ditahan Pihak Berkuasa Myanmar Kerana Bermain Dron

30 Okt 2017
One Comment

Seorang wartawan wanita Malaysia  ditahan pihak berkuasa Myanmar pada Jumaat lalu, kerana melakukan pengambaran video menggunakan dron tanpa kebenaran pihak berkuasa di Bangunan Hluttaw di Nay Pyi Taw.

Penahanan itu telah disahkan oleh Kementerian Luar Negeri pada Ahad, semalam.

Menurut kenyataan kementerian, Mok Choy Lin, yang bekerja dengan Turkish Radio and Television (TRT), ditahan bersama-sama dengan seorang warganegara Singapura dan seorang rakyat tempatan di negara itu.

Jelasnya, mereka kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Myanmar.

Kedutaan Besar Malaysia di Yangon, Maynmar, sedang memantau perkembangan kes itu dan akan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya


Berdasarkan sumber, terdapat satu portal berita melaporkan bahawa pihak berkuasa Myanmar menahan dua wartawan masing-masing dari Malaysia dan Singapura kerana menggunakan dron untuk merakam gambar pada Ahad, semalam.

Dalam laporan itu, Kementerian Penerangan Myanmar memaklumkan bahawa kedua-dua wartawan itu mahu merakam gambar bangunan Parlimen dan pagoda di Nay Pyi Taw apabila pengawal keselamatan mengesan perbuatan mereka.

Sumber - Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*b*e*t*t*i*n*g
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "