Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Wakil Kelab Motosikal Dragon76 Beri Penjelasan Kenapa Kumpul RM70,000 Jamin 'Doktor' Gigi Tiada Tauliah

9 Okt 2017
One Comment

Nampaknya dari kes yang hampir selesai selepas pemilik sebuah klinik swasta didenda RM70,000 oleh mahkamah kerana membuka klinik tanpa tauliah, tapi tiba-tiba kes ini telah menjadi lebih besar dan hangat diperkatakan selepas terdapat campur tangan beberapa pihak.

Bermula dari seorang wanita berumur 20 tahun yang dikenali sebagai Nara didapati bersalah kerana membuka perusahaan pergigian tanpa lesen di sebuah Homestay di Bukit Katil, Melaka, ianya menjadi perbualan para pengamal perubatan mengenai bahaya memakai Braces murah dan dipasang oleh bukan orang yang ditauliah.

Namun tiba-tiba sebuah kelab motosikal iaitu kelab motosikal Dragon76 telah tampil mengumpul dana sesama ahlinya sebanyak RM70,000 untuk menjamin Nara sebelum kes ini mendapat perhatian Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM).

Kerana tindakan mereka kelab Dragon76 menjamin Nara, ia telah menimbulkan perasaan tidak puas hati pengamal perubatan terutamanya doktor gigi yang menyifatkan tindakan menjamin wanita itu seolah-olah menggalakkan klinik haram berleluasa yang mendatangkan mudarat kepada masyarakat kerana mereka tidak terlatih.

Kerana teruk di'bantai' oleh netizen dan pengamal perubatan, wakil persatuan Kelab Motosikal Dragon76 telah tampil membuat penjelasan.

Menurut wakilnya, Amir Hamzah Abdul Hamid, beliau mengakui perbuatan Nara tersebut memang salah, tetapi niat mereka menjamin Nara kerana bapanya adalah kenalan mereka, tidak sanggup melihat anak kenalan mereka itu meringkuk di dalam penjara.

Beliau juga menjawab mengenai satu tulisan yang menyatakan mereka ini menjamin Nara kerana gila seks dan sebab wanita berkenaan cantik.

Beliau dalam pada itu berjanji akan meminta supaya Nara memohon maaf secara terbuka.

Jom dengar penjelasan penuh beliau.


Apapun, semoga kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan Nara tampil membuat permohonan maaf, selain tidak mengulangi lagi perbuatannya itu. - Siakapkeli.my

BACA: Tumbuk Dinding Kerana Berang Selepas Didenda RM70,000

BACA: Kementerian Kesihatan Nafi Sokong Peniaga Pendakap Gigi Palsu

BACA: Doktor Palsu Dia Dapat Duit Terus Lari Keluar Negara, Tinggalkan Liang Lahad Dengan Keluarga Meratap Pemergian Anda
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "