(VIDEO) Tak Payahlah Hantar 'Voice Note' Ugut, Datang Terus Jumpa Saya Tembak - Yusuf Azmi
Sejak beberapa hari lalu tular sebuah video yang mendakwa aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) saudara Yusuf Azmi telah ditahan oleh pihak polis kerana kononnya beliau membocorkan maklumat 'tauke' pusat judi 'dipayungi' oleh polis.
Beliau menafikan berita itu dan mengganggapnya satu fitnah kerana apa yang didakwa dalam video dan video itu adalah tidak benar.
"Kalau saya ditahan sebab bagi maklumat tentang judi memang peliklah, negara kena tukar undang-undanglah, tapi kalau saya ditangkap oleh penyamun-penyamun membela judi ini, tangkaplah, jangan fitnah saya sebab nak raih publisiti," tegasnya
Mengulas lanjut, beliau turut mendedahkan ada menerima mesej bersuara berupa satu ugutan, beliau meminta individu berkenaan supaya datang jumpanya berdepan kalau hendak tembak.
"Mereka yang ugut saya, jangan ugut hantar 'voice note', cukup sekadara datang jumpa saya depan mana tembak, tembak terus."
"Jangan ugut sebab saya sudah 'immune', saya ada Allah dan Rasul, kalau betul handak tembak saya, tak adanya nak bagi tahu nak tembak saya," tegas beliau lagi.
Beliau berkata demikian di lobi Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas membawa isu kes sendiket Ah Long terancang dan isu sebuah syarikat pengeluar minyak luar negara yang beroperasi di Malaysia.
VIDEO PENUH
- Siakapkeli.my
Gabung yuk di updatebetting
BalasPadamIni pin bbmnya 5ee80afe :D
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877