Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Saya Mohon Elak Kendali Program 'Prank' Dan 'Gosip', Bos Faham, 'Approve' Walaupun Dia Bukan Muslim - Fara Fauzana

16 Okt 2017

Golongan selebriti bermula daripada artis hinggalah penyampai radio popular, sememangnya diketahui mempunyai ramai peminat, malah menjadi ikutan pula. Segala tingkah laku dan kisah hidup mereka menjadi perhatian ramai.

Lebih-lebih lagi apabila kisah penghijrahan mereka didedahkan kepada umum, pasti ia menjadi sebutan dalam kalangan peminat. Tidak terlepas dari bualan umum, adalah kisah penghijrahan bekas penyampai radio popular, Fara Fauzana yang tampil berkongsi kisah hidupnya yang mengambil keputusan untuk berhijrah.

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on


Fara Fauzana yang berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang tersebut, mengakui lima tahun pertama bekerja, dia tidak pernah menunaikan solat subuh. Walaupun kerjanya bermula seawal jam 6 pagi, malah ada beberapa pihak menganggap dirinya bertuah kerana mula bekerja di awal pagi dan mampu menunaikan solat subuh, namun hakikatnya adalah sebaliknya.

Ini kerana, kerjanya yang terpaksa mengikut jadual kerja pagi, lalu memerlukannya berada di studio dan bersiaran seawal jam 6 pagi. Lalu membuatnya terfikir bagaimana mahu meninggalkan studio ketika bersiaran sedangkan pada masa yang sama, waktu solat subuh sudah pun masuk. Ditambah pula dengan jarak surau yang jauh, menyebabkan dirinya langsung tidak menyempurnakan solat subuh pada 5 tahun pertama berkerja.

Namun, hatinya mula berubah apabila melihat rakan-rakannya dapat menunaikan solat subuh dengan sempurna walaupun mempunyai tuntutan kerja yang sama dengannya. Rakan-rakannya juga tidak pernah bertanya sama ada dia sudah solat ataupun belum, membuatkan dirinya amat menghormati rakan-rakannya kerana tidak pernah mempersoal hal tersebut.

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on


''Seperti juga di dalam radio, saya juga sebenarnya seorang yang banyak cakap. Jadi saya tidak mahu orang kata saya munafik dan saya cuba belajar awal-awal misalnya terpaksa solat secara bersembunyi kerana tidak mahu dikatakan menunjuk. Sebenarnya saya takut jika orang lihat apa yang saya buat tidak betul.

''Namun saya cuba buat (solat subuh). Pada mulanya memang sukar kerana kekangan masa dan sebagainya, tapi lama-kelamaan saya belajar dan rasa ada tanggungjawab untuk menjadi a good Muslim, ia menjadi mudah dan daripada situ saya mula berubah sedikit demi sedikit,'' ujarnya lagi.

Farah juga turut berkongsi kisahnya yang tidak bertudung waktu itu dan perlu hadir dalam beberapa anugerah. Katanya lagi, walaupun anugerah tersebut bermula pada jam 8 malam, namun dia perlu bersolek seawal jam 5 petang lagi.

''Dalam hal ini, secara jujurnya memang akan ada tanya tak solat Magrib ke. Memang saya tak buat dan biasanya hanya akan qada sahaja. Tetapi apabila saya lihat benda itu sebenarnya mudah dan tahu mengawalnya, saya belajar nak jadi yang baik.

''Ketika saya jadi pengacara anugerah berkenaan yang bermula jam 9 malam, setelah saya siap bersolek dan sebelum memakai tudung, saya akan solat dulu. Sekarang ini rasanya lebih mudah kerana di back stage ada disediakan ruang untuk kita menunaikan solat.

''Dan sekarang tiada lagi situasi di mana orang melihat solat itu hanya untuk menunjuk-nunjuk sahaja. Saya tidak perlu segan jika ada yang kata saya menunjuk kerana solat didepan orang. Ini kerana niat memang ikhlas kerana Allah,'' katanya yang beransur-ansur memakai tudung.

Dia tidak mahu terburu-buru mengenakan hijab sepenuhnya ketika itu kerana takut membukanya kembali akibat tidak bersedia.

Dia pernah terfikir bagaimana mahu istiqamah dalam menjadi seorang Muslim yang baik ketika mula berhijrah. Farah beruntung kerana ketika itu dia bekerja di bawah seorang ketua yang memahami, walaupun bukan beragama Islam. Fara juga tidak menghadapi masalah apabila permohonannya untuk mengelak daripada mengendalikan program ''panggilan hangit'' dan ''gosip'' diterima oleh ketuanya.

Semoga penghijrahan Fara Fauzana ini berkekalan selamanya dan didoakan agar dia terus istiqamah oleh peminat-peminatnya.



Sumber : The Rohani, hijabista
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo daftar dan main disini u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g ( 7acd8560 )
    Jangan ragu menang berapa pun pasti akan di proses :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "