Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Penyokong Israel Ceroboh Padang Acu Pisau Pada Isco Selepas Tewas Kepada Sepanyol

12 Okt 2017

Isco, bintang Real Madrid yang juga pemain tengah Sepanyol, dilaporkan menghadapi detik-detik cemas apabila diacu dengan sebilah pisau oleh salah seorang daripada 6 orang penyokong bola sepak Israel.

Kejadian tersebut berlaku ketika skuad kebangsaan negara itu tewas 0-1 kepada La Roja dalam kempen kelayakkan Piala Dunia 2018 yang menyaksikan Israel bertindak selaku tuan rumah.

Dalam perlawanan berat sebelah yang memperlihatkan Sepanyol menguasai perlawanan serta serangan bertali arus, gol kemengan hadir menerusi rembatan kencang daripada Asier Ilaramendi pada minit 75.

Sejurus tamat perlawanan, penyokong-penyokong tersebut menceroboh padang lalu menyerbu Isco. Polis kemudian menyuraikan keadaan dan menahan penyokong tersebut selepas melihat sebilah pisau jatuh ke atas padang daripada tangannya ketika menyerbu Isco.


Pihak polis enggan memberi kenyataan berhubung dengan motif pisau itu dibawa oleh penyokong tersebut.

FA Israel (IFA) bagaimanapun menafikan insiden itu dengan mendakwa tiada bukti bahawa kejadian tersebut berlaku.

"Berdasarkan maklumat yang kami ada, tiada bukti yang menunjukkan bahawa penyokong yang menceroboh padang telah membawa pisau'', kata Shlomi Barzel, Pengarah Komunikasi IFA.

''Kami tidak tahu daripada mana berita itu datang, ianya palsu.

''Saya tidak fikir kehadiran pasukan Sepanyol dialu-alukan dengan sebegitu meriah di tempat lain seperti di sini (Israel).

''Terutamanya Isco, yang mana menerima pelbagai sorakan positif, begitu juga dengan pemain lain yang berada di padang,'' katanya lagi.


Sepanyol muncul juara dalam kumpulan G yang menyaksikan satu-satunya perlawanan yang tidak dimenangi adalah ketika seri menentang Itali.

Manakala Israel berada di tangga keempat, seterusnya terlepas slot play-off yang dirampas oleh Itali. Kali terakhir Israel layak ke Piala Dunia adalah pada tahun 1970, malah mereka menghadapi pelbagai masalah keselamatan sepanjang pusingan kelayakkan diadakan.

Misalnya perlawanan Israel menentang Albania November lalu terpaksa dipindahkan dari Shkodra ke Tirana setelah diberi amaran kemungkinan berlaku serangan pengganas.




Sumber : Dream Team
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "