Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ustaz Zamihan Direman Dua Hari

12 Okt 2017

Bagi membantu siasatan, Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Zamihan Mat Zin didakwa direman dua hari bermula hari ini.

Berdasarkan sumber, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata, beliau mengesahkan perkara itu dan perintah reman ke atas Zamihan dibuat majistret di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.

"Reman dua hari sehingga esok," kata Wan Ahmad Najmuddin.

Zamihan yang merupakan penceramah ditahan pada jam 3.55 petang semalam, selepas dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan.

Siasatan ke atasnya dilakukan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung satu ceramah Zamihan di Shah Alam Ahad lalu yang didakwa berbaur perkauman dan menghina Sultan Johor.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha, pula berkata Zamihan akan dirujuk kepada Lembaga Tatatertib jabatan itu.

Jelasnya, pihaknya telah memanggil Zamihan kelmarin untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu berkenaan.

"JAKIM memandang serius terhadap ceramah disampaikan Ustaz Zamihan Mat Zain, iaitu pegawai kader JAKIMdi Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang kini ditempatkan di Penjara Kajang.

"Ceramah beliau yang dimuat naik dalam YouTube didakwa mengandungi unsur kritikan terhadap Sultan Johor.

"JAKIM telah memutuskan untuk merujuk perkara itu kepada Lembaga Tatatertib untuk tindakan lanjut," tambahnya.

Sumber - Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "