Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Taksub Novel Cinta Sampai Sanggup Tembak Mati Suami Kekasih

31 Okt 2017
3 ulasan

ROMPIN - Akibat taksub menghayati jalan cerita sebuah novel cinta yang dikatakan berkait dengan kisah hidupnya, seorang lelaki menembak mati suami kepada kekasihnya dengan menggunakan senapang patah buatan sendiri di sebuah premis mencuci kereta di FELDA Keratong Dua pada 24 Oktober lalu.

Dalam insiden yang berlaku sekitar pukul 12 tengah malam itu, dipercayai suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan bertindak menembak mangsa dari jarak lima meter menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di muka dan kepala.

Motif suspek menembak mati mangsa yang bekerja di premis mencuci kereta tersebut dipercayai ekoran suspek ingin membuktikan cintanya kepada isteri mangsa.


Menurut Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Azli Mohd Noor, mangsa dan isteri yang keduanya warga Indonesia telah berkahwin sejak dua tahun lalu namun kini sedang mengalami pergolakan rumah tangga.

“Difahamkan suspek lelaki warga tempatan bekerja di kedai yang sama dengan isteri mangsa berusia 32 tahun dan menjalinkan hubungan sulit. Suspek dipercayai bertemu dengan mangsa untuk berbincang dengan mangsa supaya tidak membawa pulang isterinya ke Aceh, Indonesia.

“Mangsa yang dikenali dengan nama Zubir, mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala meninggal dunia pada 12 tengahari 25 Oktober lalu selepas 12 jam mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan,” katanya yang dipetik dari laporan Kosmo.

Tambah beliau, suspek berusia 28 tahun ditahan ketika berehat di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tanjung Malim ketika cuba melarikan diri ke kampung halamannya di Bedong, Kedah kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada Jumaat lalu.

“Suspek yang menaiki motosikal berjaya diberkas oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin dan dibantu pasukan dari Unit Khas (D9).

“Hasil siasatan turut mendapati suspek memberitahu tindakkan yang dilakukannya adalah ekoran terpengaruh dengan sebuah novel cinta ,“ujarnya.

Suspek kini ditahan reman sehingga 3 November depan manakala selebihnya sehingga 2 November.

Sumber- Kosmo
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. #fansbetting situs b0la online terpercaya :)

    BalasPadam
  2. agen judi terpercaya dengan peluang kemenangan lebih besar, segera daftar dan dapatkan royal jackpot
    dan uang jutaan rupiah dengan minimal deposit 10.000, semua hanya ada di D3W4PK segera daftar ya :* :* :*

    BalasPadam
  3. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "