Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tak Masuk Akal, Senheng Buat Promosi Gila Bagi Samsung Note FE

27 Okt 2017

Bulan Julai yang lalu Samsung telah mengumumkan kelahiran semula peranti Note 7 atau dikenali dengan nama baru Note Fan Edition. Cuma bezanya, peranti ini melalui 8 peringkat pemeriksaan keselamatan bateri ekstrem dalam memastikan kondusi bateri terjamin.

Galaxy Note FE memiliki kesemua ciri yang ditampilkan oleh model sebelumya kecuali kapasiti bateri dikurangkan daripada 3,500mAh kepada 3,200mAh tetapi mereka masih mengekalkan fungsi sokongan pengecasan pantas pada peranti baru ini.

Selain bateri, turut dilihat Samsung telah mengubah kedudukan logo jenama mereka ke bahagian belakang peranti.

Dari segi spesifikasi, peranti ini dikuasakan dengan cip Exynos 8890 bersama-sama RAM 4GB serta storan dalaman bersaiz 64GB. Ianya juga turut dimuatkan dengan tetapan kamera yang turut sama dipamerkan pada Galaxy S7 Edge iaitu kamera utama 12MP F1.7 bersama penstabilan imej optic dan kamera selfie 5MP.

Samsung Note FE memiliki paparan skrin berukuran 5.7 inci dan paparan Super AMOLED, sama seperti yang ditawarkan oleh Note 8. Malah Note FE merupakan peranti terakhir yang mempunyai pengimbas cap jari dibahagian hadapan dengan S8 dan Note 8 masing-masing diletakkan dibahagian belakang peranti.

Pada yang berminat untuk memiliki telefon phablet berkeupayaan tinggi atau berminat untuk membeli Note 8 tetapi tidak cukup duit dalam poket, Note FE adalah jawapannya.

 

Anda boleh dapatkan Note FE pada harga RM2,599, lebih murah berbanding model Note 7 yang berharga RM 3,199 semasa pelancarannya bermula pada 25 Oktober sehingga 30 November ini di seluruh cawangan Senheng/senQ yang berdekatan. Peranti ini ditawarkan dengan 2 pilihan warna iaitu Black Onyx dan Blue Coral

Dengan membeli Samsung Note FE di Senheng, anda akan ditawarkan dengan waranti tambahan selama setahun dengan keahlian PlusOne. Jika anda bukan lagi ahli PlusOne, anda boleh daftar hanya dengan RM 12. Ditambahkan pula dengan waranti 1 tahun dari Samsung sendiri, maka anda boleh menggunakan telefon ini dengan tenang selama 2 tahun.

Pada yang nak dapatkan Note FE tetapi tak sempat kumpul duit, jangan risau, di Senheng anda boleh membuat bayaran secara ansuran selama 24 bulan tanpa faedah. Jika anda mahu membuat pembayaran penuh, Senheng turut mengetengahkan program Trade in,  anda boleh membuat penjimatan sehingga RM 1,800 bergantung kepada jenis telefon yang anda miliki.

Tidak cukup dengan itu, dengan pembelian Note FE di Senheng juga anda akan diberikan kabel type-C dan powerbank berkapasiti 5,000mAh secara percuma. Malah, Senheng turut menawarkan Belkin Surge Adaptor and Belkin Type-C Cable pada potongan harga RM 30, harga sebenar di pasaran adalah RM 250. Apa lagi kau nak?

Senheng/senQ juga sedang melakukan pertandingan di Facebook dan Instagram mereka dengan 3 soalan untuk jangka masa selama 15 hari.


Jadi sila pastikan anda sentiasa alert dan perlu menjawab ketiga-tiga soalan dengan betul untuk berpeluang memenangi Samsung Note FE. Tungga apa lagi tu? Cepat pi jawab soalan, mana tau menang Note FE!

Sila layari laman rasmi Senheng atau senQ untuk maklumat lebih lanjut, dan pastikan anda sentiasa up-to-date dengan kiriman di FB dan Instagram mereka.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  3. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "