Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Seorang Wanita Diperkosa Di Tepi Jalan, Pejalan Kaki Tak Ambil Peduli

26 Okt 2017
2 ulasan

Seorang wanita dirogol di tepi jalan yang sibuk oleh seorang tukang cuci yang mabuk di barat India pada Ahad lalu.

Menurut video yang dirakam oleh orang awam, kejadian yang berlaku pada waktu siang itu menyaksikan beberapa pejalan kaki yang melalui jalan tersebut tidak membantu menyelamatkan wanita malang tersebut.

Wanita tersebut dilaporkan meninggalkan keluarganya yang tinggal di pinggir bandar dua hari sebelum itu, selepas bergaduh dengan suaminya.

Mangsa diserang dan dirogol oleh seorang tukang cuci berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Ganji Siva dalam kejadian pada kira-kira pukul 2.30 petang.

"Ketika kejadian, mangsa sangat lemah kerana tidak makan selama beberapa jam dan tidur di kaki lima di bawah pokok.

"Siva yang dalam keadaan mabuk kemudian melakukan serangan seksual," kata inspektor polis bandar Visakhapatnam IV, K Suresh yang dipetik dari laporan Hindustan Times.

"Bagaimanapun pejalan kaki tidak menghalang perbuatannya malah mangsa terlalu lemah untuk melawan, apatah lagi untuk menjerit," tambahnya.

Beberapa orang awam mula merakamkan kejadian itu, dan salah satu video yang dirakamkan dari seberang jalan dibawa kepada polis.

Video wanita dirogol itu tular di media sosial membangkitkan kemarahan orang ramai yang mempersoalkan mengapa mangsa tidak diselamatkan daripada dirogol.

Sumber-  Hindustan Times, Dailymail

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. agen judi terpercaya dengan peluang kemenangan lebih besar, segera daftar dan dapatkan royal jackpot
    dan uang jutaan rupiah dengan minimal deposit 10.000, semua hanya ada di D3W4PK segera daftar ya :* :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "