Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saya Tak Salahkan Bobo, Biasalah Kucing Kalau Begaduh

12 Okt 2017
No Comment

Tular gambarnya dipenuhi parut cakaran kucing di media sosial beberapa hari lalu, WR Irman Karman, 35, berkata kucingnya tidak sengaja mencakarnya kerana bergaduh dengan kucing lain.

"Kejadian berlaku pada 7.15 pagi, 30 September lalu, ketika saya berseorangan di rumah. Saya terkejut dicakar, sedikit lagi nak kena mata.

"Masa itu, kucing saya bergaduh dengan kucing jiran dan berlari masuk ke dalam rumah. Secara kebetulan saya sedang berbaring di ruang tamu sebelum dicakar," tambahnya.

Jelasnya, dia bernasib baik kerana cakaran itu tidak terkena mata dan anak-anaknya juga tiada di rumah memandangkan mereka gemar bermain dengan kucing jantan berusia tiga tahun yang dipanggil Bobo.

"Saya tekup muka dengan kain kerana darah tidak berhenti menitis dan terus menunggang motosikal sendirian ke Hospital Sungai Bakap (Pulau Pinang) yang terletak 6 kilometer (km) dari rumah."

"Pada saya kejadian ini tidak disengajakan, biasalah kalau kucing bergaduh. Lagipun, doktor sudah berikan dua suntikan untuk mencegah jangkitan dan saya diberi cuti sakit selama enam hari.

"Alhamdulillah, luka semakin pulih, tetapi masih perlu bertemu doktor untuk rawatan susulan," katanya yang bertugas sebagai pemandu ambulans hospital berkenaan.

Walau bagaimanapun, beliau terkilan dengan fitnah yang dilemparkan oleh pengguna laman sosial kepadanya mengenai kejadian itu.

"Ada yang maki saya kerana mungkin mereka ingat saya dera kucing. Bobo saya pelihara sejak kecil seperti anak sendiri, memang tak pernah pukul.

"Macam-macam fitnah dilempar, kata saya pukul Bobo, saya ini penjenayah, bergaduh dengan isteri. Memang tak sedap dibaca," katanya.

Menurutnya, Bobo adalah kucing rumah dan hanya sesekali keluar di kawasan hadapan parkir rumahnya.

Sumber - Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "