Aurat Adalah Sesuatu Yang Cantik Kenapa Perlu Ditutup? Saya Cuba Cari Jawapan Dan Akhirnya Saya Yang Jatuh Cinta
Hanya dengan teguran daripada seorang rakan Islam yang menyuruhnya berpakaian sopan, hati Nur Adelia Japri Abdullah, 23, tergerak untuk mendalami dan memeluk agama suci Islam.
Dia yang bergelar mualaf pada November 2013, memberitahu bahawa pada awalnya dia belajar mengenai Islam hanya untuk tujuan berdebat dengan rakan, namun akhirnya jatuh cinta terhadap agama ini.
Adelia yang berasal dari Sabah berkongsi kisah bahawa dia mulanya tidak berpuas hati apabila ditegur oleh rakannya kerana berpendapat bahawa sesuatu yang cantik kenapa perlu ditutup.
"Saya tertanya-tanya dan mahu mencari jawapan mengenai kepentingan menutup aurat.
"Ketika itu rakan Islam juga menasihatkan saya membeli buku tafsiran al-Quran dan membeli bertajuk 'Ukhti' yang akhirnya menemui jawapan mengenai kewajipan wanita menutup aurat," katanya.
Dia yang semakin tertarik dengan agama Islam kemudiannya mencari pelbagai bahan bacaan berkaitan dengan agama ini.
"Beberapa buku yang saya baca mula memahami mengenai Islam. Saya juga ke Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk melihat bagaimana kehidupan orang Islam.
"Kemudian saya menyuarakan hasrat untuk memeluk Islam kepada kakak, Nur Fatihah Japri Abdullah, 29, yang terlebih dahulu memeluk Islam.
"Selepas mengucapkan dua kalimah syahadah di MUIS, perasaan saya bercampur baur dengan rasa sebak dan gembira," katanya yang kini menuntut di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) di Pengkalan Chepa.
Dia yang juga seorang anak yatim piatu mengakui masih terkapai-kapai semasa dua bulan pertama selepas memeluk Islam.
"Justeru, saya terus mendalami Islam, belajar cara solat yang betul dan menambah pengetahuan menerusi pembacaan mengenai agama.
"Pada awalnya, saya merahsiakan daripada rakan Islam yang tinggal serumah. Sebelum ini saya banyak berdebat dan mempersoalkan setiap amalan orang Islam.
"Namun, selepas sahabat tahu saya memeluk Islam mereka gembira dan banyak membantu saya terutama membetulkan cara solat dan memberi sokongan untuk terus beristiqamah," katanya lagi.
Dia juga merancang untuk kembali ke Sabah dan menyertai MUIS untuk menjadi pendakwah disana setelah menamatkan pengajian di IDIP nanti.
Sumber : BH Online
Mari coba keberuntungannya disini u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g,
BalasPadamKontak bbm 7ACD8560 :D
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877