Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Lihat Boy Memang Jujur Mahu Bantu Orang" - Nassier Wahab

4 Okt 2017
One Comment

Duta syarikat perumahan DBI Properties, Datuk Nassier Wahab mengganggap kekecohan penipuan oleh syarikat  milik Datuk Boy Iman yang berlaku itu timbul kerana wujudnya salah faham .

Nassier yang terkejut dengan kejadian itu berkata, berdasarkan perbincangannya dengan Boy selama ini, lelaki itu dilihat berniat jujur ingin membantu masyarakat untuk memiliki rumah mampu milik.


"Saya baru pulang dari Makkah (selepas menunaikan haji), dua hari lalu. Sebelum ini, selepas timbul kekecohan mengenai 'penipuan' oleh DBI, saya terus menghubungi dirinya.

"Boy memberitahu, semua itu adalah fitnah dan meminta saya berdoa kepada Allah bagi membuka jalan terbaik buatnya. Cuma, saya gagal menghubunginya semalam dan saya terkejut apabila diberitahu dia ditahan pula.

"Bukannya mahu menyebelahi mana-mana pihak, tetapi berdasarkan perbincangan kami sebelum ini, dia bersungguh-sungguh mahu membantu masyarakat yang ingin membeli rumah dengan harga mampu milik. Saya lihat Boy jujur mahu membantu orang," katanya yang dipetik dari laporan Berita Harian.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Nassier yang diminta mengulas susulan penahanan Boy atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman bersama dua lagi suspek utama bagi membantu siasatan berhubungan penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta berharap agar kes terbabit dappat diselesaikan dengan baik.


"Saya rasa dia (Boy) berada di pihak yang benar. Sepanjang 15 tahun mengenalinya, saya tak pernah melihat dia menggunakan duit dengan cara salah. Saya percaya apa yang dia lakukan itu betul.

"Dia seorang yang bersungguh-sungguh dalam mengejar impian bergelar usahawan berjaya.

"Saya harap masyarakat tidak terus menuduh sehingga kebenaran itu muncul. Jujurnya, saya sedih dengan apa yang berlaku," jelasnya.

Sumber- Berita Harian Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Hallo kami bandar online TOGEL dan Games Online dengan freechips setiap hari, dan Togel dengan 3 pasaran resmi ( Sydney, Singapure dan Hongkong ) dan juga menyediakan 11 games casino online dengan permainan menarik dari kami di Kelinci99 dengan minimal deposit hanya 20rb saja dan minimal withdraw 50rb dengan pelayanan cs kami 24 jam melayanin anda semua dengan proses tercepat dari kami proses tidak sampai 2 menit silahkan bergabung ya pin bb 2B1E7B84

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "