Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Rezeki...' - Lepas Viral Foto Laptop Kotak, Lelaki Ini Dapat Laptop Percuma Dari Acer

14 Okt 2017


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu.

Itu peribahasa yang boleh diberikan kepada seorang lelaki di Twitter, yang mana fotonya menggunakan laptop kotak menjadi viral sebelum ini di media sosial.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh lelaki terbabit yang dikenali sebagai Yeop oleh rakannya yang berterima kasih kepada pihak yang membantu memviralkan foto terbabit.

Berita gembira itu kemudiannya diviralkan pula oleh rakan Yeop yang dikenali sebagai Herman Jalani.

"Aku dapat laptop dari Acer... pasal viral hari tu.." kata Yeop kepada Herman sambil berterima kasih kepadanya.

Sebelum itu, foto Yeop yang gigih melakukan kertas kerja biarpun laptopnya rosak teruk sehingga terpaksa bersandarkan kepada kotak mencetus viral dan perasaan hiba dalam kalangan netizen.



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "