Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Pulanglah Zuzana, Ayah Nak Jumpa, Dia Tengah Tenat,'' Kakak Rayu Adik Pulang Selepas 17 Tahun Hilang

19 Okt 2017
One Comment

Kerinduan seorang ayah terhadap anak perempuannya tidak pernah surut biarpun sudah 17 tahun berlalu anaknya itu menghilangkan diri tanpa sebarang khabar.

Ismail Mat Dahan, 71, berikhtiar dengan pelbagai cara mencari anaknya, Zuzana, 38, di sekitar Johor Bahru dan Kuala Lumpur namun pencariannya itu tidak pernah berhasil.


Kini, kudrat si ayah sudah tidak lagi segagah dulu untuk terus mencari anaknya disebabkan menderita kanser paru-paru tahap empat sejak dua bulan lalu, kini hanya terlantar sakit.

Ismail menyuarakan hasrat untuk bertemu Zuzana, anak keempat daripada lapan adik beradik kepada anak-anaknya yang lain, terutamanya anak ketujuh, Siti Noor Ezilla, 31.


"Semalam ayah ada kata, kalau umurnya panjang, dia nak jumpa semua anaknya terutamanya Zuzana. Dia berharap ada orang tolong dia.

"Kami adik beradik dah buntu nak cari macam mana sebab macam-macam yang kami sudah usahakan termasuk mencari di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen mahupun secara tradisional," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ujarnya lagi, peristiwa itu berlaku pada tahun 2000 dimana kakaknya itu bertindak melarikan diri sehelai sepinggang dari rumah sewa keluarga mereka di Kampung Usaha Jaya, Johor Bahru.

"Kakak tidak membawa pakaian mahupun kad pengenalan dan terus hilang sampai ke hari ini termasuk meninggalkan anak lelakinya yang kini berusia 19 tahun.

"Kami tidak tahu apa yang berlaku kepadanya kerana dia tiada masalah dengan keluarga. Tak tahu pula kalau dia ada masalah dengan bekas suaminya apabila bercerai kira-kira dua tahun sebelum dia hilang," katanya.

Menurut Ezilla, Zaleha, 46, yang juga kakak sulungnya merupakan individu yang paling rapat dengan Zuzana dan berharap sesiapa yang mengenalinya untuk menghubugi Zaleha, yang kini menjaga bapa mereka di No 136, Hulu Masjid Kampung Kelaboran, 16200, Tumpat, Kelantan.

"Baliklah. Emak dan dua abang sudah meninggal (2006, 2004, 2010) pun kakak tak sempat jumpa. Kami tidak akan marah atau salahkan kakak kerana perkara ini sudah lama.

"Kami tidak ambil hati. Mungkin masa itu dia muda lagi (21 tahun), buat sesuatu tidak fikir panjang. Kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Kami rindu dengan dia sangat. Harap dia terbuka hati nak balik jumpa ayah," katanya.

Kepada sesiapa yang mengetahui mengenai Zuzana atau mempunyai maklumat dimana dia berada, boleh menghubungi  Zaleha (0197261830) atau Siti Noor Ezilla (0122729063).

Sumber : myMetro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Kecewa dengan agen online game yang lain?
    Daftar disini aja, buruan u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "