Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Wanita Susukan Bayi Seorang Pesalah Yang Sedang Dibicarakan Di Mahkamah Terima Pujian Netizen

2 Okt 2017
One Comment

Seorang bailiff mahkamah wanita di China berjaya menyentuh hati netizen apabila dia dilihat menyusukan seorang bayi yang ibunya sedang dalam perbicaraan di Jinzhong, wilayah Shanxi.

Menurut laporan Dailymail, Hao Lina, diarah menjaga bayi berempuan berkenaan ketika perbicaraan ibunya sebelum bayi itu merengek lapar hingga membuatkan bailif mahkamah ini mengambil keputusan untuk menyusukannya selepas mendapat kebenaran dari ibunya.


Adegan itu dirakam seseorang menggunakan telefon bimbit dan dalam masa singkat selepas dimuat naik ke media sosial, ia tular menarik perbincangan oleh ribuan pengguna.

Lina yang baru melahirkan bayinya menjelaskan bahawa bayi  itu enggan berhenti menangis hingga menyebabkan semua orang risau.

"Saya juga seorang ibu yang baru sahaja melahirkan anak, oleh itu, saya amat memahami perasaan risau ibunya yang sedang menjalani proses perbicaraan. 

"Saya hanya melakukan yang terbaik dan cuba untuk memujuk bayi itu," ujarnya.


Pengguna media sosial tertarik dengan kebaikan Lina manakala sebahagian lagi memuji keindahan sifat keibuannya.

Sumber- Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "