Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Please Don't Promote Your Fake S*** On My Instagram'' KJ Mengamuk Ada Iklan Produk 'Tambah Tinggi' Di Komennya

24 Okt 2017


Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah memuat naik sebuah gambar gunung dengan kapsyen 'For whom these bells toll' yang mendapat 22,162 like di kalangan pengikutnya.

Setelah gambar tersebut dimuat naik ke akaun Instagramnya, beliau mula mengamuk apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mempromosi produk menambah ketinggian di ruangan komen.

Golongan netizen tertarik apabila Khairy mengecam tindakan peniaga secara dalam talian yang mempromosi produk itu di ruangan komen gambar tersebut.

Walaupun begitu, ada juga netizen yang memuji keindahan gambar tersebut.

"Please don't promote your fake s*** on my Instagram. Tak ada produk yang boleh tambah ketinggian untuk orang dewasa," tulisnya dalam ruangan komen tersebut.


Berang dengan komen peniaga yang menggunakan akaun Instagram product_sihat.my untuk mempromosi barangnya, Menteri Beliau dan Sukan itu juga mengancam untuk membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan mengenai produk jualan tersebut.

"It's a con job and I am going to report you to Kementerian Kesihatan," katanya.

Beliau turut menegaskan peniaga dalam talian itu tersalah pilih pelanggan untuk produk jualannya.

"Plus you salah pilih oranglah. I'm 182cm tall. Almost 6ft," katanya.

Terdahulu, peniaga tersebut yang menggunakan akaun Instagram product_sihat.my dilihat cuba menjual produknya menerusi kaedah promosi menerusi ruangan komen laman media sosial ahli politik tersebut sebagaimana pernah dilakukan peniaga lain.

"Nak tinggi ke ? Jom tengok insta kitaorang dan Whatsapp : +60164362430 atau wechat: product_sihat. PROMO DISCOUNT nak tunggu ape lagi ? JOMM," tulisnya.

Rata-rata komen yang ditulis oleh Khairy Jamaluddin itu mendapat sokongan dan pujian oleh golongan netizen.

Seorang pengguna Instagram @annnadzir berkata,"@product_sihat.my kan dh mendapat !..hello ini tall dark and handsome le.

"@mhd.azim berkata,"@product_sihat.my... HAHAHAAHAHH KAN DAH MENDAPAT!!.. Anyway im 13 and 170cm tall."

Sumber : mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "