Kanak-kanak yang dilaporkan hilang pada 7 Oktober lalu selepas didenda oleh bapa angkatnya berdiri di luar rumah, di Dallas, Amerika Syarikat pada pukul 3 pagi akibat enggan menghabiskan susu yang diminumnya dipercayai telah mati selepas pihak polis menemui mayat seorang kanak-kanak berhampiran rumah tersebut.
Sherin Mathews yang berusia tiga tahun merupakan seorang kanak-kanak yang berasal dari India yang diambil sebagai anak angkat oleh Wesley Mathews dan isterinya.
Lokasi mayat dipercayai Sherin ditemui |
Sherin ataupun nama sebenarnya Saraswati, nama salah satu Dewi Hindu, adalah bayi yang dijumpai ditinggalkan di dalam semak di Nalanda, berdekatan dengan kawasan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Mother Teresa Anath Seva Sansthan beroperasi.
Kanak-kanak tersebut diuruskan oleh Babita Kumari sehingga berusia 2 tahun setengah sebelum Wesley dan isterinya, Sini datang ke India untuk mengambil Sherin sebagai anak angkat.
Menurut rekod, Wesley Mathews mendenda anaknya dengan cara meninggalkan di sebatang pokok berdekatan dengan rumah mereka, dia kemudiannya keluar semula untuk memeriksa keadaan kanak-kanak tersebut selepas 15 minit namun mendapati Sherin didapati tiada ditempat kali terakhir ditinggalkan.
Wesley Mathews |
Walau bagaimanapun, Wesley hanya membuat laporan polis selepas 5 jam kanak-kanak tersebut hilang iaitu kira-kira jam 8 pagi. Susulan itu, Wesley ditahan oleh pihak polis atas dakwaan mengancam keselamatan kanak-kanak tersebut.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis Dallas, semua tanda-tanda menunjukkan mayat tersebut adalah seperti Sherin namun pengecaman identiti masih tidak dapat dijalankan, oleh itu sehingga mendapatkan keputusan yang positif, mereka tidak akan mengatakan bahawa mayat tersebut adalah Sherin.
Mathews juga mengaku sempat membuat kerja rumah terlebih dahulu sementara menanti hari cerah untuk membuat laporan polis, manakala isterinya tidak ditahan setelah polis mendapati wanita tersebut sedang tidur ketika kejadian berlaku.
Pasangan tersebut mempunyai seorang lagi anak yang kini ditempatkan di pusat pelindungan kanak-kanak buat sementara waktu.
Berita penemuan tersebut pantas beredar di dalam media sosial antaranya di Twitter dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
Rest In Peace #SherinMathews justice will be served.— simona (@escapepacse) October 23, 2017
Still wondering what it means when child protective services say they have dealt with the family before. #SherinMathews— Wesmoms (@Wesmoms) October 23, 2017
Sumber : The Hunffington PostLocation where small child was found possibly #SherinMathews pic.twitter.com/QmKkloXLP7— Frank Paco Pacheco (@grupasot) October 23, 2017