Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nampak Selamat Tapi Bahaya Bak 'Pisau Pemotong', Bayi 1 Tahun Hampir Putus Jari

13 Okt 2017
2 ulasan

Kanak-kanak biasanya akan secara sepontan bertindak untuk memiliki sesuatu permainan. Semakin dilarang semakin tinggi kemahuannya. Sebagai ibu bapa, pemilihan permainan yang bercirikan keselamatan adalah penting.

Sebagai pengguna permainan yang berhemah, kita harus menyedari tentang bahaya yang terdapat pada sesetengah alat permainan. Walaupun permainan ini kelihatan selamat, namun ia memerlukan pengawasan orang dewasa untuk memantau keselamatan anak-anak.

Menerusi perkongsian Chell Shukapooh, anaknya kehilangan jari disebabkan satu alat permainan yang kelihatan selamat pada mata pandangannya.


Ini lelaki saya, peringatan untuk ibu bapa di luar sana.

Mainan ini sudah buat kuku dan isi jari anak saya dipotong sebab dah tak dapat diselamatkan. Ya Allah. Hanya dia yang mampu merasa sakit dan kekesalan di hati melihat anak menangis tak henti-henti disebabkan kecuaian diri sendiri. Tengok benda ini tak membahayakan. Tapi ini yang berlaku pada anak saya. 



(Kayu itu hanya sebagai contoh jari anak saya), jari dimasukkan dalam lubang kecil itu kemudian dia tarik jari keluar balik terkoyak hujung jari sampai nak terputus sebab dia pegang mainan tu kat tangan monyet tertutup rapat (seperti gambar bawah) menyebabkan pisang tu akan bertindak seperti mata pisau pemotong kepit jari dia.



Hati-hati buat anak-anak kecil di luar sana. Takut bila berebut mainan macam ini akan jadi benda yang sama. Kulit anak ini lembut memang senang sangat hancur sebab benda-benda yang kita anggap tak bahaya untuk dia orang. Hati-hati ya. Jangan jadi macam saya menyesak kemudian tiada guna. Hari-hari kena datang hospital cuci luka.

Umur dah 1thun 4 blan..

Sumber - Chell Shukapooh
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g, aman dan terpecaya :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "