Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Menangis Teresak-Esak Mahu Ikut Bapa Kandung Pulang

9 Okt 2017
One Comment

Susulan kes kanak-kanak lelaki dirantai pada tong gas oleh bapa tirinya di sebuah rumah di Indera Mahkota, menangis teresak-esak ketika bertemu bapa kandung di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, semalam.

Menurut, Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin, bapa kandung kanak-kanak berusia 10 tahun itu datang dari Teluk Mas, Melaka pada jam 5 petang dan menghubungi pegawai pelindung kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk melawat anaknya.

"Saya berpuas hati dengan identiti lelaki berusia 36 tahun berkenaan yang mendakwa bapa kandung sebelum pegawai pelindung kanak-kanak JKM membawanya berjumpa dengan anaknya," tambahnya.

Jelasnya, bagi menghormati hak peribadi kedua beranak itu, perjumpaan mereka diadakan secara tertutup.

"Bapa kandung kanak-kanak itu turut menyatakan kesediaannya menjaga anaknya selepas ini. Mangsa juga menangis kerana ingin mengikut ayahnya pulang ke Melaka.

"Namun disebabkan kes masih dalam siasatan polis dan kanak-kanak berkenaan dilindungi di bawah akta kanak-kanak, JKM tidak akan membenarkan ahli keluarga datang mengambil.

"Kita tunggu anak ini keluar dari hospital dan pihak JKM akan membuat laporan dan memberikan kepada mahkamah. Selepas itu, mahkamah akan menentukan siapa yang layak untuk menjaga kanak-kanak ini," katanya.

Sementara itu, bapa tirinya yang berusia 32 tahun dan ibunya yang berusia 37 tahun kini ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 iaitu mendera, mengabai dan menganiaya kanak-kanak.

Jika sabit kesalahan, seksyen itu memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Sumber - Berita HarianAstro Awani
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "