Mali, Negara Yang Dihimpit Kemiskinan Dan Peperangan, Tetapi Skuad Bola Sepaknya Ke Peringkat Dunia
Kejohanan Piala Dunia B-17 FIFA edisi 2017 di India membuatkan nama skuad bola sepak B-17 Mali menjadi sebutan dalam kalangan peminat bola tempatan negara itu. Bukanya apa, negara yang bergolak itu mampu melangkah ke peringkat separuh akhir, ketika negara lain yang ada segalanya masih terkial-kial untuk beraksi di kejohanan peringkat umur itu.
Walaupun tewas 1-3 kepada Sepanyol dalam peringkat separuh akhir, namun banyak kisah yang boleh diambil iktibar daripada perjuangan skuad bola sepak negara ini. Untuk melangkah ke peringkat separuh akhir, ia bukan tugas yang mudah sebenarnya.
Dan yang lebih penting, negara tersebut sedang dilanda peperangan. Pada Januari 2012, berlaku konflik dalaman apabila tentera kerajaan terpaksa berhadapan dengan kumpulan pemberontak Tuareg di bahagian utara negara tersebut. Pada April tahun yang sama, pemberontak menguasai sepenuhnya bahagian utara itu dan lantas mengisytiharkan negara baru yang dikenali sebagi Azawad.
Peperangan yang berlaku serta tentera kerajaan yang dibantu Perancis berterusan beberapa bulan sebelum gabungan tersebut berjaya merampas semula kawasan tersebut pada awal 2013. Walaupun dalam tempoh tersebut negara Mali tidak aman, namun bola sepaknya sentiasa memberi saingan dalam pertandingan kompetitif.
Dengan segala macam bentuk pergolakkan yang dialami, bola sepak Mali akhirnya dapat menarik nafas lega apabila kini mampu berdiri sebaris dengan gergasi-gergasi bola sepak Afrika yang lain seperti Ivory Coast dan Nigeria.
Sejarah bola sepak Mali boleh dijejak sejak tahun 1960 lagi, selepas mendapat kemerdekaan daripada Perancis, Mali membuat penampilan di peringkat antarabangsa dengan mencatatkan kemenangan 4-3 keatas Republik Afrika Tengah pada tahun yang sama. Pada tahun 1972, Mali membuat kejutan apabila mara ke peringkat akhir dalam Piala Negara Afrika (CAF), namun tersungkur 2-3 kepada Congo.
Selepas itu, bola sepak Mali sepi seketika sebelum membuat kemunculan semula dalam saingan tersebut pada tahun 1994. Mereka berjaya memberi cabaran sehingga peringkat separuh akhir. Mali seterusnya beraksi dalam empat lagi saingan CAF pada tahun 2002, 2004, dan 2012.
Manakala skuad B23 mereka juga turut mencipta impak di peringkat dunia. Pada tahun 2004, mereka layak hingga suku akhir sebelum tewas pada Itali dalam temasya sukan terbesar di dunia, Sukan Olimpik di Athens, Greece.
Biarpun skuad utama Mali tidak pernah menjejak kaki di saingan Piala Dunia, namun impak yang diberikan dalam saingan peringkat umur tetap mengujakan buat penyokong-penyokong mereka.
Misalnya, skuad B17 mereka pernah mara ke final CAF B17 pada tahun 1997 namun tewas kepada Mesir. Mereka kemudiannya muncul juara pada 2015 dan 2017. Mali muncul sebagai negara pertama yang mampu menjulang piala tersebut dua kali berturut-turut.
Mali juga pernah membuat penampilan sebanyak tiga kali dalam saingan Piala Dunia B17. Percapaian terbaik mereka sebelum ini adalah muncul naib juara ketika tewas kepada Nigeria dua tahun lalu.
Sumber : News 18
Mali vs maliysia ... ha ha ha
BalasPadammari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
BalasPadamsilakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
agen judi terpercaya dengan peluang kemenangan lebih besar, segera daftar dan dapatkan royal jackpot
BalasPadamdan uang jutaan rupiah dengan minimal deposit 10.000, semua hanya ada di D3W4PK segera daftar ya :* :* :*