Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Sebabkan 32 Wanita Dijangkiti HIV Dipenjara 24 Tahun

28 Okt 2017
No Comment

Seorang lelaki berusia 33 tahun dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun pada jumaat lalu kerana menyebabkan lebih 30 wanita dijangkiti virus HIV.

Menurut pendengaran di mahkamah, Valentino Talluto yang merupakan warga Itali didapati melakukan hubungan seks bersama mangsa tanpa perlindungan meskipun mengetahui dia menghidap virus HIV.

Talluto yang bekerja sebagai akauntan mengenail ramai wanita menerusi laman sosial.


Polis percayai dia telah melakukan seks dengan sekurang-kurangnya 53 wanita ketika itu dan sering memberikan alasan untuk tidak menggunakan kondom dengan memberitahu dia alah memakainya atau telah menjalani ujian HIV sehingga menyebabkan seramai 32 wanita dijangkiti virus tersebut.

Dia bagaimanapun kesal dengan apa yang berlaku tetapi tidak menyedari akibat daripada tindakannya itu.

Pendakwa menggesa supaya mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya kerana dengan sengaja menyebarkan virus HIV.

Sumber- Mirror
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "