Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kini, Rakyat Malaysia Boleh Menempah Umrah Melalui Atas Talian Sahaja Menerusi GoUmrah

26 Okt 2017
2 ulasan

Kuala Lumpur - Kini, rakyat di negara ini boleh membuat tempahan pakej umrah dalam talian sahaja menerusi portal GoUmrah.travel yang dilancarkan baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberitahu, usaha ini adalah amat tinggi dan murni kerana mempermudahkan urusan para jemaah umrah khususnya dari negara ini.

Malah, katanya, GoUmrah.travel menepati perkembangan semasa yang semuanya kini berurusan di hujung jari.

"Selama ini, Malaysia disegani dan dihormati kerana pengurusan haji yang terbaik setiap tahun oleh Lembaga Tabung Haji.

"Dengan adanya GoUmrah.travel, platform ini juga diharap dapat menjadi contoh dan dihormati oleh negara-negara lain menerusi pelaksanaannya," katanya sewaktu berucap pada majlis pelancaran GoUmrah.travel di Grand Hyatt Hotel di sini hari ini.

Difahamkan, GoUmrah.travel telah dilancarkan pada 19 September lalu pada acara World Muslim Biz.

Portal ini memberi kemudahan bagi bakal jemaah untuk memilih waktu, mengatur dan menempah aturcara tersendiri untuk mengerjakan ibadah umrah.

Platform ini memberi jemaah satu pilihan yang menarik di mana mereka diberi kebebasan untuk menetapkan penerbangan apa mereka gunakan, memilih jenis hotel dan di mana tempoh berada di Mekah dan Madinah dan lain-lain lagi.

Sumber: Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "