Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes Kematian 2 Anggota TLDM Diklasifikasikan Semula Kepada Kes Bunuh Susulan Laporan Bedah Siasat

1 Okt 2017

Ipoh - Polis semalam mengumumkan bahawa mereka mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian dalam tahanan dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada kematian mengejut (SDR) kepada kes bunuh.

Keputusan itu diambil susulan laporan bedah siasatan kedua-dua mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini yang mendapati ada kecederaan dalaman pada tubuh mereka yang dipercayai akibat penderaan.

Lapor BH Online, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Perak Datuk Gan Tian Kee, berkata hasil bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa yang ditahan di bilik tahanan Unit Komunikasi TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, dipercayai berlaku penderaan yang mendatangkan kecederaan.

"Hasil bedah siasat terhadap mangsa pertama (Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28) pada jam 3.30 petang hingga 7 malam mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

"Bedah siasat terhadap mangsa kedua (Muhammad Lailatulman Mohd Sukri,26) pada jam 9 malam hingga 11.50 malam mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut," katanya dalam satu kenyataan.

Kosmo! pula melaporkan, seramai lapan tahanan yang berada di lokasi kejadian dan 11 pengawal bertugas ketika kejadian telah dipanggil untuk memberi keterangan dan berdasarkan hasil siasatan, polis telah menahan tiga suspek lelaki berusia antara 29 hingga 44 tahun pada 9.30 malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

"Ketiga-tiga suspek bertugas pada jam 10 pagi hingga 10 malam kelmarin.

"Polis turut merakam kenyataan 11 pengawal yang bertugas di bilik tahanan berkenaan serta merampas set litar rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tujuh T baton, buku log bertugas dan beberapa telefon bimbit," katanya.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. kenapa ada lagi penderaan lg dlm tldm.orang atasan sepatut bertanggung jawab.RESIGN.



    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "