Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jumpa Bawah Pohon Buluh, Mayat Ketiga Kanak-Kanak Mangsa Kepala Air Berjaya Ditemui

13 Okt 2017
3 ulasan

Selepas dua mayat mangsa tragedi 'kepala air' dijumpai, kini mayat Anis Shahtirah Saad, 12, telah ditemui pada jam 11.46 pagi tadi oleh orang awam, di air terjun Kampung Buku Lubuk Semilang di sini.

Berdasarkan sumber, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk kes ini yang juga Pegawai 'On Call' Zon 4 JBPM Kedah, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Syukri Ahmad Husaini, berkata mayat mangsa ditemui di kawasan rumpun buluh berhampiran sebuah restoran di Kampung Ulu Melaka, hari ini.

"Mangsa ditemui di kawasan rumpun buluh berhampiran sebuah restoran kira-kira lima kilometer (km) dari lokasi kejadian.

"Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.

Jelasnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula pada 7 pagi ini dengan satu pasukan bomba membuat pencarian di permukaan sungai di Kampung Bukit Kemboja, di sini.

"SAR yang memasuki hari kedua turut membabitkan penyertaan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," katanya.

Sebelum itu, mayat Qistina Puteri Wira, 11, ditemui penduduk kampung tersangkut pada tebing sungai kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian pada jam 5.30 petang semalam, manakala mayat Nor Aiman Wahidah Mohd Rosli, 11, ditemui pada jam 12.40 tengah malam tadi.

Sehubungan itu, empat kanak-kanak dikhuatiri lemas akibat dihanyut arus deras secara tiba-tiba pada jam 4.30 petang semalam.

Siti Aishah Kassim, lima tahun, dari Bukit Malut dilaporkan masih tidak dijumpai, selepas tiga mangsa lain sudah ditemui.

Sumber - Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g, aman dan terpecaya :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "