Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Simpan Ubat Demam Dalam Tempoh Yang Lama, Jadi Berapa Lama Boleh Simpan?

31 Okt 2017

Cuba cek peti ais kat rumah kita? Tak pun kat rumah mak ayah kita, pasti ada tersimpan ubat-ubatan di dalamnya. Paling tidak pun, ubat sakit kepala kan. Ia memang sudah menjadi tabiat kita untuk menyimpan ubat-ubatan dalam peti ais. Kita mungkin beranggapan bahawa ubat itu akan lebih tahan lama dan boleh diguna bila perlu nanti.

Tapi sebenarnya tindakan menyimpan ubat-ubatan di dalam peti ais untuk tempoh yang lama boleh mengundang risiko. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Dr. Taufiq Razif telah berkongsi info mengapa kita sepatutnya mengelak daripada menyimpan ubat-ubatan untuk tempoh yang lama di dalam peti ais. Kami bawakan perkongsiannya untuk anda di bawah.

Bahaya Simpan Ubat Demam Lama Sangat

Saya perasan kalau saya buka peti ais rumah siapa-siapa pun mesti banyak ubat demam anak-anak. Biasanya mak ayah ni suka simpan ubat demam Panadol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM dalam peti ais. Bukan seminggu dua tapi kadang kala tu sampai berbulan-bulan pun ada.

Kenapa ya?

Tahu tak bahaya kalau kita simpan ubat demam tu lama sangat? Tahu tak botol ubat tu asalnya diisi dengan udara bersih ataupun Nitrogen di kilang sana. Udara dalam tu memang bebas kuman tapi sekali kita dah buka botol ubat demam tu, udara bersih tu akan keluar dan udara luar yang mengandungi fungi, bakteria dan wap air ni akan masuk.

Lagi satu, bila kita simpan ubat dalam peti ais proses kondensasi akan berlaku dan wap air akan terbentuk dalam botol ubat tu. Wap air tu takde bahan pengawet sepertimana ubat yang memang ada bahan pengawet jadi bakteria mudah membiak kat dalam tu.

Berapa lama boleh simpan?

Sebenarnya tak perlu simpan pun. Bila anak demam lagi, ambil je ubat yang baru. Tu lagi selamat, tapi kalau nak simpan juga jangan lebih 2 bulan ye. Lebih bahaya lagi kalau kita simpan pastu kita lupa dah berapa lama ubat tu kita simpan. Bila anak demam je terus bagi ubat lama tadi. Aduh! Bahaya!

Kalau suhu masih bawah 37.5 c tu tak perlu pun ubat demam. Banyakkan minum air ye. Kalau selsema sikit-sikit tu banyakkan makan buah buahan je. Belajar berjimat cermat sikit bab ubat-ubatan.

Tolong sebarkan dan ajar ilmu ni pada ibubapa kat luar sana juga ye. Saya tahu ramai ibubapa yang tak tahu tentang benda ni.

Sumber : Taufiq Razif
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "