Jamal Yunos Dan 7 Pengikutnya Ditahan Polis
Gara-gara melakukan gimik memecahkan botol arak di hadapan pejabat pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam semalam, Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan bersama tujuh lelaki lain, awal pagi ini, lapor Harian Metro.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata Jamal dan pengikutnya telah ditahan pada 1.45 pagi dan reman akan dipohon pagi ini di mahkamah Shah Alam, hari ini.
Beliau berkata, tangkapan itu dilakukan selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima laporan pengawal keselamatan SUK, petang semalam.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menyertai perhimpunan haram dan dibaca bersama Seksyen 268 KK kerana menyebabkan kemudaratan awam disebabkan tingkah laku peserta perhimpunan,” katanya.
Jamal dilaporkan telah memecahkan botol minuman-minuman keras itu sebagai bantahan penganjuran ‘The Better Beer Festival 2017’ kira-kira jam 10.15 pagi semalam bersama sekumpulan lelaki membawa 10 kotak berisi botol arak yang mahu diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai tanda bantahan terhadap pesta berkenaan.
Dia bagaimanapun telah dihalang memasuki presmis berkenaan, ketika mengadakan sidang media Jamal telah bertindak memecahkan botol berkenaan dengan menggunakan tukul di hadapan pintu pagar utama bangunan SUK. - Siakapkeli.my
F*a*n*s*B*E*T*I*N*G, agen game online aman dan terpercaya
BalasPadamJangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan :)
Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
BalasPadamminimal depo dan wd cuma 20 ribu
dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C
AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
BalasPadamgampang menangnya dan banyak bonusnya :)
ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)
"""ION-QQ POKER
BalasPadamkami dari agen poker terpercaya tahun ini
Hanya dengan deposit dan withdraw 20.000 anda sudah dapat berrmain .. di sini kami
menyediakan 4 permainan : bandar poker , play bandarQ , play domino99 dan play
poker .. tunggu apalagi gan ayo segera daftar kan diri anda dan menangkan ratusan
juta rupiah | PIN BB : 58ab14f5"""