Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Datuk Jalaludin Hassan Pengsan Selepas Program Bual Bicara Yang Disiarkan Di TV AlHijrah

2 Okt 2017

Kuala Lumpur: Pelakon, Datuk Jalaluddin Hassan, pengsan selepas menjadi tetamu program bual bicara, Assalamualaikum, yang  disiarkan di TV AlHijrah,pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif stesen televisyen berkenaan, Datuk Izelan Basar, berkata pelakon berusia 63 tahun itu mengalami sesak nafas ketika menuju ke keretanya selepas berakhirnya program terbabit.

"Selepas selesai siaran langsung di Studio TV AlHijrah di Pusat Islam, kira-kira jam 10 pagi tadi, beliau kelihatan sihat dan meminta diri untuk pulang.

"Dia berjalan kaki ke tempat letak kereta berdekatan Muzium Kesenian Islam, bersebelahan kompleks penyiaran kami.

"Ketika tiba di kawasan parkir, Jalaluddin mengalami sesak nafas dan segera menghubungi anaknya bagi memaklumkan dirinya berasa tidak sihat," katanya yang menghubungi BH Online sebentar tadi.


Kata Izelan, bagaimanapun cubaan anaknya untuk menghubunginya semula tidak berjawab.

"Bimbang akan keadaan ayahnya, anaknya menghubungi ambulans dan memaklumkan keadaan kesihatan serta lokasi ayahnya.

"Ambulans yang tiba di lokasi kira-kira jam 10.30 pagi terus membawa beliau ke Hospital Kuala Lumpur," katanya.

Jalaluddin dijemput sebagai tetamu program terbabit untuk berkongsi pengalamannya  membina keluarga bahagia serta tip ke arah kestabilan hubungan keluarga.

Sumber: Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "