Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Ingatkan Ikan Pari'', Nelayan Terkejut Jaring Ketam 'Tangkap' Dron Seberat 50 Kilogram

30 Okt 2017
3 ulasan

Seorang nelayan pantai yang memeriksa jaring untuk menangkap ketam terkejut selepas menemui dron seberat kira-kira 50 kilogram yang tersangkut pada jaringnya di perairan Nenasi, Pekan pagi semalam.

Menurut Mat Daut Musa, 36, ketika kejadian kira-kira jam 9 pagi itu dia bersama-sama isterinya Hawa Ishak, 34, turun ke laut bagi memeriksa jaring yang dipasangnya namun mendapati jaringnya terlalu berat untuk ditarik.

"Pada mulanya saya menyangka ikan pari yang tersangkut di jaring ini kerana ia terlalu berat, namun sebaik menariknya saya lihat dron berbentuk pesawat berwarna putih timbul di permukaan air.

''Panik dengan penemuan hampir saja tangan saya terlepas pegangan jaring itu, namun isteri sempat menegur dan mencadangkan untuk membawanya ke jeti,” katanya lagi.


Dia turut memberitahu bahawa pernah mendengar kejadian dron terhempas sebelum ini ke dalam laut di daerah ini, namun tidak menyangka akan menjadi individu yang menemuinya.

Ujarnya lagi, keadaan laut yang bergelora mungkin menjadi faktor menyebabkan dron tersebut hanyut dan tersangkut pada jaring yang dipasangnya.

Ketika dron itu ditemui, beberapa bahagian sayap dan badan pesawat kecil itu dipenuhi dengan teritip serta lumut. Mat Daut turut menganggarkan bahawa dron tersebut mungkin sudah berada di dalam lautan lebih dari tiga bulan sebelum dijumpai.

"Atas nasihat dan bantuan isteri saya mengambil keputusan membawa balik dron walaupun terpaksa berhadapan ombak besar ketika itu, saya mengambil masa lebih 45 minit untuk sampai ke jeti.

"Pesawat terbabit tidak banyak mengalami kerosakan kecuali sedikit rekahan pada bahagian sayap, ini kali pertama saya melihat pesawat tanpa pemandu bersaiz besar dengan panjang sayapnya kira-kira tiga meter," katanya yang tinggal di Kampung Serun Jalan Pekan-Rompin.


Menurut Mat Daut lagi, ini adalah pertama kali dia menemui benda asing yang tersangkut pada jaring ketamnya selama tempoh 10 tahun dia menjadi nelayan di perairan Nenasi dan Merchong.

Ketua Polis Daerah Pekan Superitendan Amran Sidek dalam pada itu berkata bahawa pihaknya sudah menerima laporan penemuan dron tersebut. Pihaknya akan menjalankan siasatan terlebih dahulu sebelum menyerahkan kembali pesawat tersebut kepada pemiliknya.

Sumber : myMetro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*b*e*t*t*i*n*g
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "